Friday, July 8, 2011

IKAN SAMBAL WANGI DAUN KESUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat tengahari tuan2 dan puan2 sekalian... Errr.. ada ke "tuan2" yang sudi menjenguk ke sini ? Mesti la ada tu kot kan..kan? Kalau pun bukan nak masak sendiri mesti dia tolong2 carikan resepi yang menepati selera dia untuk isteri dia masakkan..kan ..kan?
Ok tak pe.. tak kisah la sape pun yang nak masak...  sapa pun yang nak singgah2..  YANG PENTING sekarang aku nak war2kan ke seluruh dunia bahawa resepi yang sedang anda renung2 ini memang sedaaaapppp...!!! Tak caya? Cuba dulu.. tapii.... nanti dulu..!!! Baca betul2 tajuknya ye.. eja satu persatu. Tak sesuai menggunakan teknik speed reading apatah lagi scanning.

DAUN KESUM tau... bukan DAUN KETUM...!! Kot la nanti ada yang susah payah  pergi cari daun ketum, tak pasal2 resepi ni jadi kes polis nanti. Takut nanti kang bukan setakat dikatakan sedaaappp malahan jadi gian nak masak hari2. Isykk..isyk.. sapa yang susah? Akaaaaaakkkk jugaaakkkk...
Aku dah lama simpan resepi ni. Aku ada ikan kerisi tapi tak tak tau nak masak apa.. Aku terjumpa pulak daun ketum kesum yang masih berbaki di dalam peti ais, daripada layu macam tu aje baik aku guna cepat2 kan? Tapi takkan memanjang nak masak asam pedas je kan.. Nanti muka masing2 kat dalam rumah ni MASAM je...bila bercakap pun..PEDASSSS je... isykk.isyk... Boleh ke gitu?

Saja jer nak fokus2 sedalam2nya pada kuahnya yang wangi tu.. kot2 boleh tersebar aroma kewangian daun kesumnye..manalah tahu kan.. ( <— ini hanyalah khayalan semata2. Sila jangan layan ). Tapi jangan risau.. boleh je jadi kenyataan.. dengan SYARAT... masak je la kat rumah... Confirm tersebar aromaterapinya....

Tak caya jugak...? Cuba dulu... Apa taknye.. anak2 aku yang baru balik sekolah masuk rumah terus tanya... "Mama masak apa? Bau dari luar lagi..?" Isykkk.. ye ke? Kalau ikut2kan, jiran yang bau masakan kita masak tu kena bagi sikit rasa kan... uwaaaa... aku buat dua ekor je ni... camne nih? Tapi tak pe... aku kasi resepi je la... biar tersebar sampai ke jiran2 negara Malaysia lagi kan? kan?

Dengan perahan asam limau kasturinya... Waduh..... sukar digambarkan.. saja je aku letakkan buah limau tu kot2 sapa2 nak berkenalan dengan limau kasturi.. hehheh... saja je... musti semua2 dah tahu dan kenal rapat dengan limau kasturi tu kan.. saja je tu aku ngada2 sikit.. Lagipun aku risau juga.. takut nanti ada yang terperah limau mandarin pulak kang... Isykkk.. tak boleh la nak cerita panjang2 pasal limau2 ni... kecur air liur.. Dah.. dah..

Tengok tu..!! Kerisi tu posing side by side.. Harmoni gitu.. Tapi buah limau tu sekali tengok macam "batu belah batu bertangkup " pun ada kan..? Pulak dah..

Jom kasi close-up sikit sebelum kita layan resepinya. Ok la.. jangan tengok lama2..! Pergi print atau salin guna tangan dua kerat tu, cari bahan  dan JOM KITA MASAKKKK..!!

Resepi ini aku dapat hasil intaian ke dapur Kak Ummi yang rajin memasak tu. Kak Ummi, copy paste je la ye..! Minta halal resepi yang sedap ni..

Bahan:-
* 2 ekor ikan selar (aku guna ikan kerisi)
* 15 - 20 helai daun kesum - dihiris halus
* 2 - 3 biji limau kasturi - diperah airnya
* 1 sudu besar gula
* garam secukup rasa
* sedikit air (optional) <— yang ni aku letak ikut rasional..bukan emotional
* 4 sudu besar minyak masak

Bahan Dikisar Kasar/Tumbuk:-

* 4 tangkai cili merah
* 4 biji cili padi
* 1/2 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm belacan yg dibakar ( aku tak letak pun..sebab tak de belacan )
* 2 biji buah keras
* 1 cm kunyit hidup
* 1 cm halia
* 1 cm lengkuas

Cara Memasak:-

1. Ikan yang telah dibersihkan, dikelar, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tuang bahan kisar/tumbuk tadi. Perlahankan sikit api dan masak hingga naik minyak sambil dikacau sekali. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul balik biar rata dan mesra.
5. Masukkan daun kesum yang dihiris dan jus limau kasturi, gaul rata sekejap. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Sungguh membuka selera..selamat mencuba!


Ikhlas tapi jauh...

1 comment:

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting