Friday, July 29, 2011

ROLL TUNA SANDWICH

ROTI...ROTI....Siapa mau beli roti ?? Best..best.. rasa macam nak lompat2 pun ada bila dah siap roti ni. Dah lama aku intai2 resepi ni kat blog  CMG. Blog Kak Ummi pun ada.  Semua kata sedap! Itu yang buat aku teruja nak try tu. Tapi macam tak konfiden pun ada. Kang keras ke apa ke roti hasil tangan aku tu.. tak ke kuciwa aku nanti.. apatah lagi mereka2 yang menunggu 'hasil eksperimen' aku ni... Hahaha... Tapi belum cuba belum tahu kan?

 
Ini lah dia hasil eksperimen aku .. Roll Tuna Sandwich. Adusss... Gumbiranya hati ini, bagai menari2 di dalam. Betuuuulll..... sedap ni. Untuk satu adunan ni aku boleh dapat dalam 10 ketul. Yang kategori dewasa makan sorang 2 ketul.. budak2 1 ketul. Memang kenyang! Tak makan nasi dah malam tu..

 
Errr.. tak ada la comey macam CMG . Tapi sekurang2nya aku dah dapat menghayati rasanya yang  bagaimana, kesedapannnya tahap mana dan yang paling PENTING... 100% HOMEMADE. Ok la tu kan?

 

Ada sesiapa yang teringin nak cuba. Meh aku tempek resepi di sini ye! Kot2 aku nak buat lagi sekali ke, dengan rupa yang lebih anggun ke kan?


BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") ~ 1 sudu besar
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang) ~ aku bahagi dua dari sebiji telur
6 gram instant yeast ~ 1 1/2 tsb
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)

1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :-
 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 

KAEDAH LAIN :-
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :-

Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.

3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

p//s : Untuk step by step bergambar sila ke dapur CMG



Ikhlas tapi jauh...

No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting