Friday, July 22, 2011

POPIA NESTUM

Tak tahu apa nak kunyah petang2 ? Haa... apa kata cuba buat yang ini. Sedap ni..! Boleh divariasikan dengan macam2 cara.. nak pedas ke, masin ke, manis ke.. ikut kita la.. Tapi untuk kali ni kita guna nestum la ye? 

 
Nak buat ni aku gunakan kaedah 3G. "GULUNG, GORENG dan GAUL". Kejap je buat.. (nak habiskan lagilah sekejap). 

 
Nak tahu cara2nya ? MEH ikut aku...

bahan2:
1 peket besar kulit popia (anggaran 40 keping)
1/2 cawan gula pasir dikisar halus
1/2 cawan nestum dikisar juga
1/3 horlicks

Cara2:
  1. Kulit popia digulung, dan dilekatkan dihujungnya dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan air.
  2. Gunting pendek2 kulit popia yang sudah siap digulung.
  3. Goreng di dalam minyak yang banyak
  4. Biarkan sejuk.
  5. Satukan semua bahan serbuk  menjadi satu...kemudian gaul rata bersama kulit popia yg dah siap digoreng tadi.
  6. Siap untuk dikunyah2..
 

Ikhlas tapi jauh...

4 comments:

  1. nak cube gak :D beli sebekas beso tak sampai 3 hari dh habisss

    ReplyDelete
  2. Memang sedap niiii dah pernah mkn kwn bt perghhhh sedap sungguh....

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tanya ? Nak blend tu boleh guna blender besar yang biasa tu ke ? ataupun ada blender khas nya ? Terima kasih :)

    ReplyDelete

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting