Wednesday, July 27, 2011

ROTI JOHN TUNA

Hari ini jom kita breakfast roti..! Selalu aku guna daging tapi hari ni aku malas nak keluarkan daging yang masih keras macam batu tu dari dalam freezer. Jadi aku gunakan sahaja alternatif lain yang lebih cepat dan pantas. Customer semua dah nyanyi lapar...lapar.! Jadi, aku harus bergerak PANTAS!! Yeahhh...

 
Simple je aku buat . Sayur mayur pun tak ada. Dah habis daaaa... Jadi hiasan mayonis itu adalah paling TERhebat yang dapat aku persembahkan. Hikhikhik..
 
Balqis bawa dua ketul untuk bekal sekolah. Haiqal tak layan sebabnya dia kantoi aku letak bawang .. terus dia REJECT!! Adusss... pegawai SIRIM yang satu ni memang tiada kompromi dengan spesies bawang ni. Cerewet bebenor pasal makan. Tapi kalau sekali dia suka, dia puji sampai melangit!  
 
Wokey.. tak perlu cakap banyak2.. Sesiapa teringin nak cuba boleh lah ambil resepi ni ye..

Bahan2:

* 1 tin tuna
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* garam
* 4 biji telur
* daun sup - cincang halus
* sedikit lada sulah
* minyak@butter
* Roti Hotdog (boleh dapat 6-7 roti - bergantung kepada banyak mana inti yang diletakkan)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
* Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan tuna. Perasakan dengan garam. Masukkan lada  sulah dan masak hingga agak kering.
* Di dalam mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan tuna tadi dan juga daun sup. Kacau.
* Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan tuna tadi. Belah roti tak putus dan di dalam keadaan roti terbuka, letakkan roti di atas telur. Jika menggunakan kuali besar bolehlah buat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
* Paipkan sos dan juga mayonis. Boleh juga jika ingin letakkan salad , tomato dan seangkatannya. Kemudian lipat semula roti itu. Potong dan siap dihidang.



Ikhlas tapi jauh...

No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting