Thursday, July 7, 2011

AYAM MASAK MERAH ( Pak Engku)

Kalau aku jumpa resepi Pak Engku , aku mesti nak cuba.. Sebab resepinya selalu tidak mengecewakan. Lagipun, Pak Engku kan seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang masakan jadi tidak salah untuk menjadikannya sebagai salah satu sumber rujukan untuk aku mencuba resepi2 baru.
Ayam pedas2 cenggini laju jer kat rumah aku. Masakan ala2 ayam kenduri gitu. Jadi, sesiapa yang rasa dirinya dah lama sangat tak terima jemputan kenduri kahwin tu silalah cuba resepi ni. Bolehlah juga melepas rindu lauk kenduri kan?
Sebenarnya, aku masak resepi ni hari ni sebab aku nak habiskan tomato yang ada lebihan buat lasagna. Biar lama2 nanti tak elok baik aku habiskan. Last2 terjumpalah resepi ni.. Dah jodoh kan...
Untuk ayam, aku lebih suka potong kecil2.. ( idak ler sampai kecil benooorr..).. Pertamanya supaya ayam cepat masak hingga ke dalam bila digoreng. Keduanya supaya anak2 aku yang kecik come lote tu senang nak makan. Tidaklah dibazirkan tak habis makan. Silap2 mama atau abahnya jugaaaa yang kena habiskan.. isykk..isykk...
Resepi ini aku korek2 dari dapur kak Azlita. Terima kasih ye sudi share resepi. Tidak lupa juga Pak Engku, empunya asal resepi ini. Wokey.. kelaaasss...tak payah sembang banyak2.. Hari ini kita belajar memasak Ayam Masak Merah ye. Semua sila tumpukan perhatian ye... Fokusss... Jangan main2.. Mari kita mulakan...

Bahan2:

1 ekor ayam - potong 12
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
200 gm cili kering yang telah di kisar
3 batang serai - kisar
2 inc lengkuas - kisar
rempah tumis - 4 sekawan
1/4 tin susu cair
5 sudu makan minyak masak
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puri
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam

Cara2nya:
  1. Basuh ayam bersih, gaulkan dgn garam dan kunyit dan goreng setengah masak.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan tunggu hingga kekuningan barulah masukkan lada kering.
  4. Masak hingga naik minyak, barulah masukkan sos cili, tomato puri dan susu cair.
  5. Kacau hingga kuahnya menjadi pekat.
  6. Masukkan garam, gula dan kiub ayam secukup rasa.
  7. Barulah masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam.
  8. Siap untuk dihidangkan.



Ikhlas tapi jauh...

3 comments:

  1. sy tolong jawabkan ye.. rempah 4 sekawan tu bunga lawang, buah pelaga, cengkih n kulit kayu manis :)

    ReplyDelete
  2. 4 sekawan.. besok die gadoh..

    ReplyDelete

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting