Pssttt... dah masak ke? Tak tahu nak masak apa ye? Ok tak pe... kali ni kita buat menu yang ringkas2 je.. Tak payah nak keluarkan ayam ke, ikan ke... Kali ni kita guna telur ayam je... NAK?? Sekali sekala time datang angin kus2 nak gantung periuk tu mulalah kan berangan.. "Alangkah indahnya andai ada yang baik hati tolong masakkan untuk aku.."
Sebenarnya versi yang aku buat ni kalau markah untuk 'presentation' memang hancuuusss!! Walaupun 'indah khabar dari rupa' (versi aku ni la.) tapi AWAS..!!! Don't judge the book by it's cover ..!! Sedap ni... Sekali sekala kita touch-up la sikit kan telur mata kerbau kosong tu.. Biar nampak menyelerakan sikit... Nak gambar versi yang sepatutnya terjadi sila tengok di sini ye. Err.. macam langit dengan bumi la pulak kan? Tapi jangan putus asa. Pengalaman pertama tidak semestinya menjanjikan yang sempurna kan? ( Saja je nak menyedapkan hati sendiri yang kuciwa menjunam2..)
Bagus juga aku bertemu jodoh dengan resepi ni kan. Lepas ni kalau aku buat telur mata kerbau comel la sikit. Warna-warni 1 Malaysia gitu.. Disebabkan aku wujudkan blog ni pun salah satu sebabnya sebagai sumber rujukan aku di masa akan datang jadi aku masukkan jugak la.. Kalau untuk sumbangan kat tempat lain... mmm .. CONFIRM aku tak masukkan sebab aku tau.. CONFIRM kena reject.!
Ok la jom kita tengok resepinya dan cara2 nak buatnya supaya jangan jadi macam yang aku buat.. Meh..!!
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
* 4 biji telor
* 1 labu bawang besar - didadu
* 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
* 2 sudu teh rempah kari daging
* 1 tangkai cili merah - dihiris halus
* sedikit daun bawang
* sedikit bawang goreng
* garam secukup rasa
* sedikit minyak untuk menggoreng
* serbuk lada sulah
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan.
6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.
Ikhlas tapi jauh...
ni cam sedap :D hehe. nk try la esok! :D *yeay dah ada idea nk msk apa. haha*
ReplyDeleteheheh... dah buat ke belum? Pastikan jadi macam yang original tau.. jangan jadi macam mak su.. mak su guna kuali stick bukan kuali non-stick tu yang jadi cenggitu... uhuk..uhuk..( err...ok tak salahkan kuali..?)
ReplyDelete