Selalu tak makan asam pedas ?? Mesti ramai peminat asam pedas kat sini kan? Kalau tak ingat dunia..bertambah2 nasi tu... sedar2 dah bertambah 1 kilo..Fuhh!! Nak tambah bukannya susah sangat.. tapi nak kurangkan...alahai... habis segala petua dicuba.. hehhe..
Kepada yang selalu makan asam pedas tu, kali ni aku nak kongsikan resepi yang lain sikit dari yang lain. Kelainannya kerana ada tambahan sedikit rempah. Selalunya versi yang aku selalu buat tidak ada dimasukkan sebarang rempah itu yang buatkan aku teruja hendak mencuba resepi ini.
Bagi aku, kalau dah ada asam pedas ni, lauk lain tak ada pun tak apa dah..!! Satu ni pun dah cukup..!! Itu bagi aku la... hehheh... tapi aku tak bolehlah berlaku kicam kat anak2 kecik come lote yang tak berapa nak makan pedas ni kan..? So, kenalah juga masak makanan versi tak pedas untuk diorang...
Nak tahu rasanya ? Ok la.. jom kita kongsi2 resepi yang aku kidnapped dari akak yang kreatif metif tu.. Azlita. Resepi asal dari Bro Rozzan . Terima kasih sudi share resepi ye..
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih
Bahan Tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato - potong baji
2 batang terung - dibelah 2 dan di hiris (aku tak letak)
8-10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
1 kg ikan duri/tenggiri - aku guna kepala ikan merah
2/3 cawan minyak masak
Cara2nya:
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya.
- Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi.
- Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak.
- Masukkan ikan, bunga kantan dan air.
- Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi.
- Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit.
- Kemudian, masukkan tomato.
- Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.
Ikhlas tapi jauh...
menggiurkan jer asam pedas tu posing..terus lapo perut ini bila melihatnya..
ReplyDeleteckp pasal asam pedas ni la kan...saya nih org JB tapi bila gi melaka paling best saya suka kat sebelah hotel straits meridian. Ada 2 gerai..bukan yg ngadap bangunan tapi sebelah dia slurppp hehehe. Dari anak sorang baby sampai dah 4 orang besor panjang masih gi sana. Kat kota laksamana pun ada jugak yg femes hajjah mona. Kat JB nih..saya suka kat restoran dalam stadium pasir gudang..x ramai orang tahu tapi memang best dia nyer asam pedas.kalu senang2 jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik makan jerrrr hehehe...dan register la yer sebagai follower maklum la blog baru nih sunyiii jerrr TQ TQ TQ
ReplyDelete