Ini menu tengahari aku. Kali ni aku kicapkan ayam2 ni. Kicap bukan sebarang kicap tau! Kicap harum berempah lagi. Sedap weii.. Tak caya cubalah! Mesti korang dah tak pandang dah masak kicap yang biasa2 tu.. heheh . Ini kalau aku biarkan atas meja semuanya mahu licin dikerjakan anak2 aku. Makanya, aku dengan sepenuh kasih sayang ( cewah.) asingkanlah 2 , 3 ketul untuk cik abang aku yang belum balik kerja tu. Kang kempunan pergi cari batu belah batu bertangkup pulak kang. Isykk...
Resepi ni asalnya aku ambil dari Dayang Jack. Terima kasih ye atas resepi yang sedap dan menyelerakan ini..
bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - optional
1 sudu makan cili giling
1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
1 sk serbuk jintan putih
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
hirisan daun sup secukupnya
sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
Hidangkan panas-panas setelah masak.
Ikhlas tapi jauh...
No comments:
Post a Comment