Pertama kali dalam sejarah masak-memasak aku guna kaedah membelang2 ni. Best jugak ye.. macam masuk kelas seni la pulak. Tapi ini pun kira seni la kan.. SENI MEMASAK. Hasil belang membelang ni tentunya lebih menyelerakan selain nampak lebih camtik. Terima kasih Kak Azlita kerana menunjuk ajar step by step cara2 membelang ni. Ini lah hasilnya assignment yang diberi. Yang lubang2 di permukaan tu, buat2 tak nampak aja lah ye..
Bila dah dibelangkan macam ni , rasanya pun boleh divariasikan. Jadi tak adalah statik pada satu rasa sahaja . Nak cuba? Meh kita intai2 resepinya ...
APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah
Bahan2:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (aku guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna
Cara:
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
Ikhlas tapi jauh...
No comments:
Post a Comment