Monday, July 4, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH (Pak Engku)

Siapa suka makan ayam goreng...?? Sila angkat tangan..... Rasanya rata-rata orang sukakan ayam goreng kan? Kalau tidak masakan KFC tu sampai sekarang masih bertahan.. tak pernah putus2 orang.. Walaupun pernah satu ketika ada kontroversi puuuuuunnn masih ramai orang ...

Kalau KFC ada resepi rahsia.. aku pun ada resepi ... tapi ini bukan resepi rahsia... malahan BUKAN LAGI RAHSIA. Resepi dari Pak Engku yang memang terkenal dalam bidang masakan ni.
Cuba tengok serdak2 tu....!! Lagi banyak lagi terangkat.. !! Aku tak perlukan kuah lagi dah.. terus sahaja gaulkan serdak tu dengan nasi panas2.... itu pun dah cukup. Lauk lain pun aku dah tak pandang dah.. Anak2 dan hubby pun cakap sedap.. Memang menepati citarasa.. bak kata iklan..betul2 holliawwww...

Cuba jeling2 kat bawah tu... Haa.... ini favourite part aku... Selalunya kalau goreng macam ni part tulang2 yang habis dulu.. Tinggallah bahagian isi tak dilayan. Tapi kalau dah tak ada pilihan..habis juga isi pun..

Ok la ...jom kita jenguk2 resepinya... Kot2 dah ada bahan, bolehlah mulakan operasi...Resepi asalnya aku jumpa di dapur Kak Ummi. Terima kasih atas resepi yang sedap banget ni..

Bahan-bahan:-

* 4 labu bawang merah
* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa


Cara Memasak:-

1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.




Ikhlas tapi jauh...

7 comments:

  1. ayam mcm kt kdai mamak...mmg sedappp

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. heheh.. tapi ini kedai mama jer... Memang sedappp... jom try..

    ReplyDelete
  3. hmm, agak lain sikit dgn resepi nenek sy

    ReplyDelete
  4. slalu beli kat tepi giant Seksyen 7, Shah Alam. Nasi Kukus Ayam Berempah Mak Cik Stedey.

    ReplyDelete
  5. Mohon maaf resepi ni ada rasa kurang sedikit bahan2nya....

    ReplyDelete

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting