Wednesday, July 20, 2011

SUP EKOR LEMBU ( Chef Wan )

MARI..  MARI.. . Kita makan Sup Ekor!!!

Sebenarnya ni saja je aku nak menge'test' Pressure Cooker (PC ) baru. Nak tahu juga kehebatan encik PC kita tu. Kalau kerja ok aku nak ambik jadi buruh tetap kat rumah aku. Tapi..gaji tak ada la..kira macam kerja amal gitu...Nak pakai PC ni kena bersedia fizikal dan mental. Ilmu pun kena cukup. Kalau tak mahunya berterabur satu dapur. 

Disebabkan kesedaran betapa pentingnya menuntut ilmu maka aku dengan cekal hatinya mencari 'pusat2 pengajian' percuma yang menawarkan kursus menggunakan PC. Dipendekkan cerita,  akhirnya, berjumpalah aku dengan 'tok guru' yang nyata begitu arif tentang selok belok PC ni dari A to Z. Penerangan yang  diberikan bukan setakat panjang, malahan sangatlah lebar..!!  Terima kasih banyak2 Profesor Hasue kerana sudi jadi 'manual interactive' akak eh..!! Satu sen pun tak payah bayar, memang hundred percent PERCUMA..!! ( JOM, Rebutlah peluang ini sementara stok masih ada..)...Heheh... sorry la Sue ye. Jangan kang lepas ni jadi kaunter pertanyaan sudah lah.. Anyway.. Sue ni sup semangkuk eh? 

 
Wokeh..wokeh... aku akui memang best guna PC ni. Aku punya phobia pun sudah hilang. Makin menjadi2 semangat aku nak masak guna PC. Sikit2 guna PC.. sikit2 guna PC. Ini macam kalu, gas yang semakin mahal tu boleh tahan sampai 5 bulan gamaknye ye? 

Yang kelakarnya masak pakai PC ni satu kampung boleh tahu aku tengah masak! Bising kemain..mengganggu ketenteraman awam. TIDAK SESUAI DIGUNAKAN SELEPAS JAM 12 TGH MLM. Masa mula2 guna tu, tentera2 aku kat rumah bila time bunyi wisel tu jer semua berlari ke dapur terutama yang si kecik2 tu la. Sibuk bertanya  itu ini maklumat2 yang diperlukan untuk buat report pada pegawai atasan. "Bunyi apa tu?".." Tak bahaya ke?" ..." Tak meletup ke?".. " Kenapa ada asap? " Haisyyy.. dah la mama tengah suspen first time guna, macam2 pulak ditanya nye...Sebatu aku duduk haaa... ( Cuma tak ada la sampai peringkat aku pakai topi dan jacket keselamatan. Kira ok la tu.. hahhaha)

 
Haaa... ini la dia hasil eksperimen aku ..! Sedap ni... tapi bagi aku , aku lebih suka cicah dengan roti kalau sup versi macam ni daripada makan dengan nasi. Resepi ni asalnya dari Chef Wan tapi aku ambil di sini. Sebenarnya , aku ada 2 pilihan resepi untuk sup ekor ni. Tapi aku nak sangat2 cuba yang ni sebab ada kelainan dari segi bahan2 yang digunakan. Tak pernah pulak aku gunakan tomato puri untuk sup. Dan hasilnya memang tidak mengecewakan.  Selain ekor lembu, kita juga boleh gantikan dengan tulang lembu atau daging tetel pun best ...!!

 
Jom kita tengok resepinya. Manalah tahu terbuka hati untuk mencubanya..heheh

 Bahan-bahan:

  • 125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
  • 500g ekor lembu  
  • 2 sb ketumbar tumbuk ( aku guna serbuk)
  •  1 sb jntan putih
  •  1 sb jintan manis
  •  1 1/2 sb puri tomato
  •  6 cwn air  ( aku guna 4 cawan air)
  •  1 btg karot - didadu
  •  2 btg saderi - didadu (tak letak)
  •  1 biji kentang - didadu 
  •  garam, lada hitam yg baru dikisar
  •  daun ketumbar - dihiris2
  •  bawang goreng 


Rempah Tumis:
  •  4 bj buah pelaga
  •  1 cm kulit kayu manis
  •  6 kuntum bunga cengkih 
  • 2 kuntum bunga lawang 


Dikisar Halus2:
  •  10 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  •  2 btg serai, dihiris2 ( aku ketuk ja, tak hiris pun)
  •  1 cm halia 


Cara:

1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan .
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min ( aku buat 30 minit) dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.

***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



Ikhlas tapi jauh...

4 comments:

  1. Salam..lawak giler n3 akak nih.haha
    Dari aritu masa akak post kat FB je nak ngomen tp lappy pengsan(jammed) la pulak..lepas tu dah tak nyempat2 nak bukak balik..arini baru teringat sup ekor ni haa..
    sebenarnya kak..sy x penah mkn ekor lembu..hihi..cik abg jer pernah..bininya nih belum termakan lg...lenkali laa leh try..kalo dpt ekor fresh agaknya best laa kan..

    lepas ni nak rebus kentang ke ubi kayu ke sila2 laa pakai PC..5 minit jer siap.haha

    ReplyDelete
  2. Heheh... haaa ini lah dia 'tok guru' saya sudah jawab! (Kasi tepukan sama diaaaaa!!!) cLAP..CLAP.. CLAP.. Itu lah Sue kan.. selalunya sup ekor ni famous di kalangan ' kaum Adam'.

    Jom aaa kita cuba2 sup ekor pulak. Akceli nya rasa dia lebih kurang sama je dia ngan spesies daging . Husband akak ni beli kat Ramly Burger je frozen punya..

    Tapi yang akak tak mampu nak makan sampai sekarang part LIDAH la...Guaner gamaknya rasanya ek? Lom terbukak hati untuk mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lidah terbaik la sis.. Kasi try la.. Buat sup ala2 mamak penang buat.. Mkn ngn roti .. Terbaik sis!! Haha..

      Delete
    2. Lidah terbaik la sis.. Kasi try la.. Buat sup ala2 mamak penang buat.. Mkn ngn roti .. Terbaik sis!! Haha..

      Delete

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting