Tanggal 5 Julai 2003, hari lahir putera kedua aku ALIFF HAIQAL. Begitu pantas masa berlalu, dah lapan tahun anak teruna aku tu.. Mama doakan semoga Haiqal sentiasa dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah S.W.T dan menjadi anak yang baik dan soleh. Semoga Haiqal berjaya dunia dan juga akhirat. Amin..
Jadi, sempena birthday anak teruna aku hari ini, aku buatkan kek coklat lembap atas permintaan birthday boy.. Sebenarnya hari ni badan aku tidak berapa sihat, tapi dah petang2 tu aku gagahkan juga..dan inilah hasilnya.. Perancangan asal, konon2 kat atas tu aku nak hias dengan coklat 'SMARTIES' yang colourful tu..baru lah nampak ceria sikit... tapi 'runner' aku pula terbawa balik yang ini..kira ok la tu...sama je kan? Tak menjejaskan pun.. Ini sahajalah hasil yang tidak seberapa yang mampu aku persembahkan.. heheh... tidaklah comey macam bakery pun... tapi rasa tetap maintain..
Kek ni memang sedap..!! Dah beberapa kali aku buat.. Menggunakan teknik kukus dengan teksturnya lembap dan penuh rasa coklat.. Sesuai sangat untuk mereka yang berkira2 untuk menambah koleksi saham lemak di badan.. aku rekomen yang ini.. Selalunya, kek ini aku akan sejukkan di dalam peti ais dahulu kerana ianya lebih sedap dimakan ketika sejuk.
Menyelerakan kan? Jiwa yang tenang pun boleh bertukar menjadi bergelora...Dipukul ombak kiri dan kanan.. cukup berbahaya kepada bot2 kecil... Ditambah pula topping yang di atas, itulah kenyataan yang tidak sanggup dihadapi..Waduh...waduuuuhhh... Tetapi... inilah hakikat... hidup perlu diteruskan.. makanan perlu dihabiskan... Jangan membazirr....
Aisey...!! Terbalik la pulak yang ini.. Itulah masing2 dah tak sabar nak explore kelazatannya.. Kek tu pun dah tak mampu nak berdiri.. Terus pitam lantas jatuh tergolek..!! Adusss...kasihan dia..kasihan dia (background lagu Allahyarham Sudirman..)
Ok la.. tak baik mainkan perasaan orang lama2... kek ni memang glamour.. dah ramai sangat yang mencuba.. dan feedback nya memang positip!! Resepi daripada Chef Zubaidah... Aku dapatkan dari AlongRoz @ MyR. Terima kasih ye sudi share resepi yang sedap banget ni..
Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat)
* 100 gram serbuk koko *
* 250 gram gula kastor* (akuletak 230 gm )
* 1 tin susu isian cair*
* 200 gram minyak masak sayuran*
* 250g susu pekat*(aku letak 230 gm )
* 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih
* 150 gram tepung gandum
* 1 sudu teh soda bicarbonate
* 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer.
3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan ganache.
Bahan Untuk Ganache/Icing:-
* 1 tin susu pekat - (aku guna 3/4 tin sahaja)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
* 1/3 cawan serbuk koko
* sedikit garam
Cara Membuat:-
1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.
Ikhlas tapi jauh...
No comments:
Post a Comment