Friday, July 29, 2011

AYAM MADU BERKICAP

Aku tengok dalam botol , ada sikit lagi madu nak dihabiskan. Dan aku  pun dengan semangat berapi2 mulalah menggeledah  senarai2 resepi 'waiting-list'.  Cabut undi, buang undi, cabut undi, buang undi beberapa kali last2 aku buat keputusan yang nekad untuk buat yang ini...AYAM MADU BERKICAP.

 
Waaaa... hasilnya memang sangat tidak mengecewakan. Rasanya memang umphhh... sehingga menjilat jari. Jadi misi aku hari ini dah tercapai : PERTAMA : Menghabiskan madu hingga ke titisan yang terakhir dan KEDUA: menu tengahari dah settle . YESSSS!!!

 
Resepi ni adalah kombinasi manis2 madu, masin2 kicap, pedas2 cili, masam2 perahan lemon. Pendek kata.. MACAM-MACAM ADA...Anak2 aku pun suka. Jadi macam biasa lah.. ANAK SUKA, IBU PERCAYA... ala2 iklan gitu..

 
Resepi ni aku import dari blog Dayang Jack. Terima kasih sumbangkan resepi yang sedap ini. Lain kali kalau ada resepi yang sedap2 tu tinggal2 kan lah lagi dalam blog tu. Nanti saya pergi ambil ye..!

 
Ok lah..jom kita jenguk2 resepinya, cara2nya..kot2 bahan dah ada boleh la kita mulakan projek..JOM!

Bahan-bahan :

* 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Kemudian digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam & digoreng hingga 1/2 masak) ( aku buat 1/2 ekor je )

* 5 biji bawang merah (dikisar)
* 2 ulas bawang putih (dikisar)
* 1 cm halia (dikisar)
* 3-4 biji cili padi (diketuk) ( tak masukkan pun. Nanti kanak2 riang dalam rumah terlebih pedas pulak)
* 1 sudu makan cili kering kisar
* sedikit hirisan daun ketumbar ( tak ada stok. Aku ganti daun sup sahaja)
* 1 sb kicap pekat
* kicap manis secukupnya ( aku letak 2 sudu besar)
* sos cili secukupnya ( aku letak 1 sudu besar )
* 1 sb sos tiram
* 2 sudu besar jus lemon
* 1-2 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
* sedikit hirisan kapsikum ( guna cili merah )

Cara-cara :

1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Boleh tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan ayam, hirisan cili, cili padi dan daun ketumbar. Gaulkan rata2.
4. Kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau lagi hingga kuah pekat.
5. Hidangkan setelah masak.



Ikhlas tapi jauh...

No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting