Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

SOTONG ORIENTAL

Ini S.O.T.O.N.G.  yang dikerjakan oleh kami sekeluarga semalam. Ini pun last minute buat keputusan masak macam ni. Masa dah suntuk bagi berbuka puasa. Last-last aku melawat ke KONGSI RESEPI, klik pada SOTONG dan PILIH! Mudah bukan? Resepi kini hanya di hujung jari anda! Memasak pun petik jari sahaja.  Wowowow.. semudah ABC!

 
Resepi ini memang sesuai bagi mereka yang hanya tinggal 'masa kecederaan' bagi berbuka puasa. Sekejap sahaja memasaknya, janji sotong dah lembut la ye!

 
Tapii..... haaa... ada tapi tu ya! Sekejap2 pun cara memasaknya, tetapi namun rasanya tetap tip top tau! Ini kisah benar. Tidak percaya cubalah sendiri!

 
Nak cuba? Meh sini aku bagi resepi ya! Resepi ini aku ambil dari sini ya.. Nanti dah salin resepi, jangan lupa cuba tau!

Bahan2 

500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris

Bahan2 ini dicampur jadikan pes 
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
 6 s/b air panas

 Cara Menyediakan 

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan. 2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.
Selamat Mencuba!


Ikhlas tapi jauh...

Thursday, June 23, 2011

SOTONG MASALA

Biasanya, sekiranya aku membeli sotong aku akan masakkan sambal sotong sebab itu memang kegemaran keluarga. Tambah2 Balqis yang memang penggemar sotong tegar… Kalau ada sambal sotong mahu berkali2 dia mengadap nasi dalam sehari.. ( selagi tak habis sotong tu la.. ) Kalau dah habis dia berhenti la… hehhehe..

Kali ini aku ingin mencari kelainan sedikit. Ke hulu ke hilir aku mencari .. sedar2 dah sampai ke Kuantan aku menjelajah.. rumah siapa la tu ye? Rumah siapa lagi kalau bukan Kak Ummi superwoman tu.. cuma satu je yang kurang.. tak ada sayap di belakang .. kalau ada mesti lagi SUPERB..!!


Sebenarnya resepi ni diadaptasikan daripada buku Senangnya Memasak Makanan Laut Chef Hanieliza . Resepi asal menggunakan udang tapi ditukar kepada sotong.. Ok la tu kan…spesies makanan laut jugak… !! Satu lagi hakikat yang perlu diketahui, sebenarnya aku sendiri pun ada koleksi buku ini…. itu lah dia.. sibuk hendak merayau2 ke dapur orang... rupa2nya ada kat dalam rumah sendiri.. Isykk…isykkk…


Aku sengaja melebihkan kuah supaya anak2 ada kuah sikit untuk makan jadi tidaklah kering nasi tu… Ok jom kita tengok resepinya..

Bahan A:-

500 gm udang (dibersihkan ) - ditukar 3 ekor sotong sederhana besar untuk half dari bahan asal - dikerat 1 1/2 inci tebal
2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
3 tangkai daun kari
1/2 cawan yogurt asli
2 tangkai cili merah (dihiris serong)
2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
2 sudu kecil serbuk cili

Bahan B (dikisar):-

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar jintan putih - kisar kering
1 sudu besar jintan manis - kisar kering
1 sudu besar lada putih - kisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^





Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting