Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

ASAM PEDAS TETEL

Selamat pagi semuaaaa.. Ngeee..

Ini menu semalam. Resepi asam pedas tetel hasil xpdc ke blog Cik Mat. Aku guna buruh import dari Korea tu, encik PC kita itulah! Memang berbaloi-baloi. Orang gigi goyang-goyang nak tercabut pun sesuai makan!
Jom kita tengok resepi aja lah ye! Pagi-pagi ni aku pun tak tahu nak celoteh apa. Minda belum warm-up agaknya.
BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Ikhlas tapi jauh...

Wednesday, July 20, 2011

SUP EKOR LEMBU ( Chef Wan )

MARI..  MARI.. . Kita makan Sup Ekor!!!

Sebenarnya ni saja je aku nak menge'test' Pressure Cooker (PC ) baru. Nak tahu juga kehebatan encik PC kita tu. Kalau kerja ok aku nak ambik jadi buruh tetap kat rumah aku. Tapi..gaji tak ada la..kira macam kerja amal gitu...Nak pakai PC ni kena bersedia fizikal dan mental. Ilmu pun kena cukup. Kalau tak mahunya berterabur satu dapur. 

Disebabkan kesedaran betapa pentingnya menuntut ilmu maka aku dengan cekal hatinya mencari 'pusat2 pengajian' percuma yang menawarkan kursus menggunakan PC. Dipendekkan cerita,  akhirnya, berjumpalah aku dengan 'tok guru' yang nyata begitu arif tentang selok belok PC ni dari A to Z. Penerangan yang  diberikan bukan setakat panjang, malahan sangatlah lebar..!!  Terima kasih banyak2 Profesor Hasue kerana sudi jadi 'manual interactive' akak eh..!! Satu sen pun tak payah bayar, memang hundred percent PERCUMA..!! ( JOM, Rebutlah peluang ini sementara stok masih ada..)...Heheh... sorry la Sue ye. Jangan kang lepas ni jadi kaunter pertanyaan sudah lah.. Anyway.. Sue ni sup semangkuk eh? 

 
Wokeh..wokeh... aku akui memang best guna PC ni. Aku punya phobia pun sudah hilang. Makin menjadi2 semangat aku nak masak guna PC. Sikit2 guna PC.. sikit2 guna PC. Ini macam kalu, gas yang semakin mahal tu boleh tahan sampai 5 bulan gamaknye ye? 

Yang kelakarnya masak pakai PC ni satu kampung boleh tahu aku tengah masak! Bising kemain..mengganggu ketenteraman awam. TIDAK SESUAI DIGUNAKAN SELEPAS JAM 12 TGH MLM. Masa mula2 guna tu, tentera2 aku kat rumah bila time bunyi wisel tu jer semua berlari ke dapur terutama yang si kecik2 tu la. Sibuk bertanya  itu ini maklumat2 yang diperlukan untuk buat report pada pegawai atasan. "Bunyi apa tu?".." Tak bahaya ke?" ..." Tak meletup ke?".. " Kenapa ada asap? " Haisyyy.. dah la mama tengah suspen first time guna, macam2 pulak ditanya nye...Sebatu aku duduk haaa... ( Cuma tak ada la sampai peringkat aku pakai topi dan jacket keselamatan. Kira ok la tu.. hahhaha)

 
Haaa... ini la dia hasil eksperimen aku ..! Sedap ni... tapi bagi aku , aku lebih suka cicah dengan roti kalau sup versi macam ni daripada makan dengan nasi. Resepi ni asalnya dari Chef Wan tapi aku ambil di sini. Sebenarnya , aku ada 2 pilihan resepi untuk sup ekor ni. Tapi aku nak sangat2 cuba yang ni sebab ada kelainan dari segi bahan2 yang digunakan. Tak pernah pulak aku gunakan tomato puri untuk sup. Dan hasilnya memang tidak mengecewakan.  Selain ekor lembu, kita juga boleh gantikan dengan tulang lembu atau daging tetel pun best ...!!

 
Jom kita tengok resepinya. Manalah tahu terbuka hati untuk mencubanya..heheh

 Bahan-bahan:

  • 125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
  • 500g ekor lembu  
  • 2 sb ketumbar tumbuk ( aku guna serbuk)
  •  1 sb jntan putih
  •  1 sb jintan manis
  •  1 1/2 sb puri tomato
  •  6 cwn air  ( aku guna 4 cawan air)
  •  1 btg karot - didadu
  •  2 btg saderi - didadu (tak letak)
  •  1 biji kentang - didadu 
  •  garam, lada hitam yg baru dikisar
  •  daun ketumbar - dihiris2
  •  bawang goreng 


Rempah Tumis:
  •  4 bj buah pelaga
  •  1 cm kulit kayu manis
  •  6 kuntum bunga cengkih 
  • 2 kuntum bunga lawang 


Dikisar Halus2:
  •  10 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  •  2 btg serai, dihiris2 ( aku ketuk ja, tak hiris pun)
  •  1 cm halia 


Cara:

1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan .
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min ( aku buat 30 minit) dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.

***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



Ikhlas tapi jauh...

Saturday, July 2, 2011

RENDANG AYAM

Pejam celik...pejam celik...tidur bangun.. bangun tidur... kita dah nak menghampiri puasa kan? Begitu cepatnya masa berlalu.. dan ini juga bermakna semakin bertambahlah usia kita setiap hari.. Semoga seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia semakin banyak kita memperbaiki kelemahan diri ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah..

Petang semalam aku masak rendang ayam. Kiranya edisi pra-raya la ni... Sudah lama sebenarnya aku mengidam rendang ni.. Sudah beberapa kali membeli bahan dan sudah beberapa kali bahan2 tu kehabisan ... sebabnya ada sahaja yang tdak cukup maka aku pun menggunakannya untuk membuat benda lain dulu...

Tapi kali ni aku nekad....!!! Aku akan jadikan impianku kenyataan... Tambah mencabar jiwa bila baru2 ni aku TERmakan rendang ayam yang sangat sedap ketika aku dan family lunch di luar. Lagi lah meronta2 hati aku untuk merealisasikannya..
Haaaa... ini lah hasilnya... Terlepas gian aku nak makan rendang akhirnya. Memang sedap resepi ni. Menggunakan bahan yang ringkas dengan hasil yang tidak mengecewakan.


Disebabkan aku kekurangan stok ayam , jadi aku mempunyai lebihan kuah . Kuah lebihan itu aku gunakan pula untuk mencicah roti dan juga hasil lebihannya lagi aku masukkan 5 biji telur yang direbus menjadikan hasilnya begini... RENDANG TELUR..

Ok lah... jom kita jenguk2 resepinya. Resepi asalnya menggunakan daging tetapi aku tukarkan dengan ayam. Terima kasih kepada penyumbang resepi dari MyResepi...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 kg daging- potong kecik-kecik ( aku guna ayam)
* 2 peket kecik rempah kurma
* 1/4 cawan kerisik
* 1 biji kelapa-ambik santannya
* garam
* gula melaka / gula
* sedikit air asam jawa

* ****BAHAN KISAR**

* 2 labu bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 5 batang serai
* 1-1/2cm halia
* 1-1/2cm lengkuas
* 15-20 biji cili kering

* ***BAHAN MAYANG ***

* 3 helai daun limau purut
* 1 helai daun kunyit

Cara-cara

1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.



Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting