Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

PISANG GORENG CHEESE

Pertama kali aku diperkenalkan dengan menu ini, aku terus jatuh cinta. Jatuh cinta yang membawa kepada angau yang tidak kesudahan.
Maka misi aku pun bermula iaitu mencari resepi yang dapat mengubat kerinduan.
Berjaya melepasi cabaran pertama, muncul pula halangan kedua yang lebih sukar. Yang jelas berpunca dari dalam diri sendiri.
Tiba hari Isnin, aku tangguhkan ke hari Selasa.
Tiba hari Selasa, aku tunggu pula hari Rabu..
Seterusnya dan seterusnya..
Hari berganti bulan..
Bulan berganti tahun..
Maka, hari ini aku akhirnya berjaya merealisasikan...
Pisang Goreng Cheese Idaman Malaya!!
Resepi aku ambil di sini. Terima kasih kepada tuan punya blog!
Jom kita intai apa bahan-bahan rahsianya..
BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter
CARA-CARA
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.


Monday, November 4, 2013

PAN CAKE

Pagi-pagi dah buntu memikirkan mahu sediakan sarapan. Lalu aku teringat resepi pan cake yang sudah lama aku simpan. Baru hari ini berjaya bereksperimen.
Resepi aku ambil di ida-homelicious.
Anak-anak suka....ibu percaya. Belum sempat berhidang sudah licin setiap kali masak.
Mari kita intai apa resepi rahsianya.. Semudah A, B, C....
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung
3 sudu besar baking powder
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sb campur 1 st gula
CARA
-Campurkan semua bahan.
-Goncang kuat-kuat sampai sebati.
-Boleh digunakan untuk 4, 5 kali
Utk sekali bancuhan:
1 cawan campuran tepung siap kat atas tu
1 biji telur
1 cawan susu (i use full cream milk)
1 sb mentega cair/minyak
-Campurkan semua bahan. Pastikan tidak overmix.
-Panaskan non-stick pan.
-Tuang menggunakan senduk ke dalam pan ( bergantung kepada saiz yang dikehendaki).
-Bila nampak berbuih bahagian atas, terbalikkan dan tunggu sehingga keperangan.
-Siap!.

Wednesday, August 17, 2011

DONUT BERINTI DAGING

Jeng..jeng.. siapa mahu makan donut. Donut bukan sebarang donut tetapi Donut Berinti Daging!
Heheh.. buat lapar je kan? Tak patut sungguh..tak patut.. tak patut..

Resepi donut aku ambil dari dapur Kak Azlita . Hari tu nampak Kak Ita letakkan sambal ikan bilis pada donutnya. Jadi aku pula buat guna inti daging. Perghhh... Sedaaappp

Tambah pula time puasa2 ni. Siang2 mulalah teringat keindahan, kelazatan donut ini semalam. Keh..keh.. saja aku tambahkan drama sikit biar lagi power kisah kesedapan donut ni. Tapi serius ni ( nampak tak muka aku dah berubah jadi serius sekarang? Nampak kan? ) memang sedap donut ni. Memang tak akan rugi mencuba. Bak kata Ustaz Zamri : Memang Mantooppp!!!

Ok lah... sebelum kita menikmati rasanya yang mengancam tu, marilah kita menikmati resepinya di bawah ini dahulu...

DONUT

500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air
100g magerine / butter - aku guna butter
1 sudu kecil garam

( aku buat setengah adunan sahaja)

INTI DAGING:

1 bungkus daging kisar RAMLY (kecil)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dirincik halus)
3 sudu besar rempah kari daging ( gaulkan dengan sedikit air untuk jadikan pes )
2 biji ubi kentang ( dipotong dadu).
garam secukup rasa.


Cara-cara:

Inti

  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Setelah garing, masukkan rempah kari dengan sedikit air.
  • Kemudian masukkan daging.
  • Setelah daging masak, masukkan kentang dan masak hingga kentang benar2 empuk.
  • Perisakan dengan garam. Biarkan sejuk.


( Kuantiti inti daging ini akan ada berlebihan untuk disimpan)

Donut

  • Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  • Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  • Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  • Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  • Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm.
  • Masukkan inti daging tadi dan balutkan.
  • Rehat doh semula 20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.


atau..

Masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh bulat2 dan letakkan inti ke dalamnya. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng


Ikhlas tapi jauh..

Thursday, July 14, 2011

KUIH BAKAR BIJAN

Errr.. bila aku buat kuih ni teringat pulak aku kat kakak aku sorang tu. Tak tercapai2 lagi hajat nak buatkan untuk kakak aku tu.. Hehheh. Tak pa , suatu hari nanti akan tertunai jugak . InsyaAllah.

Kuih bijan ni aku buat pagi semalam. Macam biasa lah , anak2 aku pergi sekolah aku pun mulalah operasi. Sekejap dan senang aja nak buatnya. Blend semua bahan dan masuk dalam oven. Sebab senang lah maka aku tidak ragu2 untuk membikinnya. Ye la, kalau dah ada yang mudah buat apa kita cari susah kan?

 
FRESH FROM OVEN..!! Belum sempat lagi aku nak bahagikan kepada lot2 kecil. Masih di dalam keadaan padang jarak padang tekukur.. tanah kering kontang sampai merekah2 permukaannya. Oppss.. itu normal la ye.. Nampak je macam gurun sahara tapi rasanya... MANTOOOOPPP..

 
Haaa... ini yang telah dibahagikan kepada lot2 kecil. Sedap ni. Rasa lemak2 gitu, manis pun sedang2 elok je. Macam biasalah.. ANAK2 SUKA, IBU PERCAYA .... Kuih ni aku suka letak bijan tebal2 kat atasnya. Aku dengan Haiqal suka rebut2 bijan yang jatuh2 kat bawah tu. Tapi, kalau Adam dia tak suka bijan. Apa lagi aku lah mangsa keadaan untuk makan part bijan tu.. Aku tak kisah pun, sebab aku suka. Cuba aku tak suka, ada aku kisah? Mesti lah aku kisah kan? Hehehe..

 
Resepi ni aku dapat dari dapur sifu alam maya aku.. Kak Ummi  yang asalnya dari Joayee. Terima kasih ya sudi share resepi ni. Tak payah la lagi aku nak kirim kat hubby aku belikan kat ofis dia sebab yang ni pun dah cukup sedap. Macam yang aku selalu beli gitu. Kalau ada acuan bunga tu mesti lagi best kan?

Bahan:-

* 1 cawan gula
* 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
* 2 sudu makan mentega
* 3 biji telor
* 1/2 sudu teh garam
* pewarna hijau
* bijan

Cara-Cara:-

1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (aku bakar suhu 170 C selama 1 jam 5 minit ).




Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting