Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

ROTI JOHN TUNA

Hari ini jom kita breakfast roti..! Selalu aku guna daging tapi hari ni aku malas nak keluarkan daging yang masih keras macam batu tu dari dalam freezer. Jadi aku gunakan sahaja alternatif lain yang lebih cepat dan pantas. Customer semua dah nyanyi lapar...lapar.! Jadi, aku harus bergerak PANTAS!! Yeahhh...

 
Simple je aku buat . Sayur mayur pun tak ada. Dah habis daaaa... Jadi hiasan mayonis itu adalah paling TERhebat yang dapat aku persembahkan. Hikhikhik..
 
Balqis bawa dua ketul untuk bekal sekolah. Haiqal tak layan sebabnya dia kantoi aku letak bawang .. terus dia REJECT!! Adusss... pegawai SIRIM yang satu ni memang tiada kompromi dengan spesies bawang ni. Cerewet bebenor pasal makan. Tapi kalau sekali dia suka, dia puji sampai melangit!  
 
Wokey.. tak perlu cakap banyak2.. Sesiapa teringin nak cuba boleh lah ambil resepi ni ye..

Bahan2:

* 1 tin tuna
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* garam
* 4 biji telur
* daun sup - cincang halus
* sedikit lada sulah
* minyak@butter
* Roti Hotdog (boleh dapat 6-7 roti - bergantung kepada banyak mana inti yang diletakkan)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
* Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan tuna. Perasakan dengan garam. Masukkan lada  sulah dan masak hingga agak kering.
* Di dalam mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan tuna tadi dan juga daun sup. Kacau.
* Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan tuna tadi. Belah roti tak putus dan di dalam keadaan roti terbuka, letakkan roti di atas telur. Jika menggunakan kuali besar bolehlah buat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
* Paipkan sos dan juga mayonis. Boleh juga jika ingin letakkan salad , tomato dan seangkatannya. Kemudian lipat semula roti itu. Potong dan siap dihidang.



Ikhlas tapi jauh...

Saturday, June 25, 2011

SARDIN PUFF

Ini kegemaran anak2 aku dan encik hubby aku..dan tidak lupa tukang masaknya juga lah kan...?Nak buat pun senang... Sebab senanglah maka kita kena rajin2..kerap2 sikit buat kan? Nak minum petang sesuai.. nak buat breakfast atau bekal anak sekolah pun sesuai...


Hendak lagi cepat kita masak inti siap2..esok pagi2 cuma tinggal balut dalam puff je... 1/2 jam pun dah siap.. Inti pun boleh kita pelbagaikan.. nak inti tuna pun boleh... nak inti sardin pun boleh... tapi... jangan lah sampai guna inti kelapa..!!! Tak sesuwai gitu...


Ok la jom kita layan resepi hari ni.. PUFF SARDIN. Ini merupakan resepi yang mula2 sekali aku teruja untuk mencuba di blog Kak Ummi. Tapi kali ni aku guna inti sardin ( versi aku )...



INTI SARDIN:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
1 tin sardin ( dihancurkan ikannya )
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
1 bungkus puff pastry jenama KAWAN ( 10 keping)

CARA2NYA

  1. Bawang merah, bawang putih , cili merah dan halia ditumbuk .
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan sardin yang telah dihancurkan.
  4. Masukkan garam
  5. Perahkan limau kasturi.
  6. Kacau rata dan masak hingga agak kering.
  7. Angkat dan ketepikan.
  8. Isikan 1 sudu besar tuna ke atas pastry.
  9. Lipatkan pastry dan tutupkan hujungnyer dgn garfu. Ulang sehingga habis semua puff.
  10. Susun puff atas dulang pembakar.
  11. Sapukan permukaan puff dgn telur.
  12. Bakar puff pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.



Ikhlas tapi jauh...

Thursday, June 23, 2011

EGG IN TOAST

Kadang2 pening juga hendak memikirkan sarapan kan? Ciri2 hidangan untuk sarapan perlulah mudah dan cepat untuk disediakan. Iya lah.. masing2 mengejar masa untuk ke sekolah dan ke pejabat.. semuanya hendak cepat.

Apa kata kita cuba yang ini? COMEL.. Sebab telur itu diletakkan didalam bakul.. ( nama lain bagi resepi ini ialah Egg In Basket ). Yang ini aku memang suka !!! Digandingkan pula dengan kacang panggang... memang serasi... bagai pinang dibelah dua..

Telurnya jangan dibiarkan terlalu masak.. 3/4 masak memang dah cukup cantik ..!! Makan pula ketika masih panas2.. tapi AWAS... Janganlah sampai lidah pula terbakar..

Untuk cara2nya singgah ke dapur MamaFami ye..




Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting