Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Pasta Bakar

Assalamualaikum...

Hari ini  masih dalam mode western. Bagi insan-insan penggemar western food, resepi ini memang tidak menghampakan!

Sedap banget...

Resepi asal dari sini. Jom tengok resepi!


Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus al dente - saya guna macaroni semuanya)
150 g daging kisar
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1 sudu besar mentega

Sos Putih :

2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju ( saya guna keju cheddar mature yang diparut)
sedikit garam dan gula
keju mozarella dan cheddar yang diparut  oregano.

Cara-cara :

Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.

Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.

Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.

Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.

Sementara itu, untuk sos putih :

Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk.

Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar.

Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.

Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega.

Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.

Taburkan keju parut dan oregano.

Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt

**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

Wednesday, November 13, 2013

Spagetti Aglio Olio

Menu ini aku buat untuk sarapan pagi tadi. Menggunakan lebihan spagetti yang aku buat semalam.
Ternyata hasilnya tidak menghampakan. Anak-anak pun suka..
Terpikat, memikat, terikat!
Simple tetapi  berbaloi-baloi... Mahu tahu resepinya? Jom...
Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )
spaghetti di celur dgn garam dn butter
2sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih -cincang
1 ulas bawang merah ( saya tambah) - cincang
3-4 ekor udang
Sausage - potong dadu ( optional)
1 sudu teh pati ayam
2-3 capsicum - potong dadu
1 sudu teh oregano fleks
daun parsley - cincang
Dried tomato - cincang
Anchovy fillet - cincang
kalau nak pedas bleh letak cili fleks atau cili padi pn boleh
garam dan lada sulah untuk perasa
Rencah bergantung kepada pilihan sendiri. Boleh juga ditambah lala, kepah, sotong dan lain-lain.
Cara-cara
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga kekuningan
2. Masukan udang, sausage, anchovy fillet.
3. Bila sudah masak, masukkan capsicum, dried tomato.
4. Akhir sekali masukkan spagetti, lada sulah, garam, cili fleks/ cili padi, oregano, daun parsley.
5. Kacau rata. Sekiranya nampak kering boleh tambah minyak zaitun sedikit.

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum...
Hari ini aku berjaya mencuba resepi spagetti yang tidak kurang hebatnya.
Anak-anak yang sememangnya peminat tegar spagetti, bertambah-tambah makannya.
Mengapa aku tertarik bagi mencuba resepi ini? Kerana kehadiran susu segar sebagai salah satu bahannya membuatkan aku meneka-neka bagaimana rasanya.
Dan hari ini aku sudah mendapat jawapannya. Mahu cuba? Jom intai resepi yang aku dapatkan di sini.
Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Sos Bolognese :
1. Gunakan periuk yang tinggi dan dalam.
2. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu.
6. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
7. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil.
Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam.

Wednesday, July 13, 2011

SPAGETTI BOLOGNAISE

Anak2 aku suka sangat makan spagetti.. Kalau masak tengahari , sampai ke petang diulang2 makan. Memang berbaloi2 kalau aku masak spagetti. Disebabkan diorang dah request maka ini lah dia sajian tengahari aku semalam. 

 
Kalau makan spagetti aku suka letak kuah banyak2. Barulah terasa kesedapannya.. sampai makan pun tak ingat dunia. Nak lagi  sedap parut pula cheese atas tu... adoii laa....

 
Kalau blend kan sekali carrot dan selery pun sedap. Bagi saper2 yang tak suka makan sayur tu mahu tak mahu kenalah juga telan. Lagipun , barulah diorang tak perasan..

 
Untuk kuahnya aku guna kuah lasagna yang aku pernah buat dulu. Sebab bahan2nya pun memang secocok benar untuk kuah spagetti. Kira resepi kitar semula la ni. ( kitar semula resepi je tau..bukan aku kitar semula kuah tu ye..) Ok la tu kan... kreatif tidak membazir peluang dan ilmu.. hehhe ... MARI BERINOVASI....


Bahan-bahan:


1 bungkus spagetti direbus ( letak sedikit garam dan beberapa titik minyak)

Sos Daging
1 block daging kisar RAMLY (400g)
1 tin cendawan butang potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh ( ini aku tak letak sebab x nak pedas sangat..sesuai untuk anak makan..)
2 sudu besar tomato pure
1 tin kecik PREGO tomato sos (original)
2 sudu sos cili
1 kuib pati ayam KNORR
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Cara-cara memasak

Sos Daging

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan tumis sampai kering kemudian masukkan daging.
  3. Bila daging empuk masukkan sos PREGO, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano dan lada hitam.
  4. Masak hingga sebati kemudian masukkan cendawan butang.
  5. Sudah siap, bolehlah dimakan bersama spagetti.



Ikhlas tapi jauh...

Monday, June 27, 2011

BEEF LASAGNA


Assalamualaikum wbt.

Semalam puas aku berlegar ke dapur sana sini demi nak mencari sesuap lasagna.. Aku impikan yang paling best dan menepati citarasa aku... Aku kepingin beneeeerr nak makan lasagna buatan sendiri.... Lagipun semalam birthday aku.. Jadi apa salahnya aku syok sendiri dengan lasagna hasil 'air tangan' sendiri.... hehhehe....

Hasil imaginasi aku dengan pelbagai pilihan resepi lasagna yang mengancam jiwa...gambar2 yang menggugat rasa... akhirnya aku muncul dengan pilihan yang memang TEPAT..!!! Memang sedap...!!! Memang kelassss.... Aku bagi 5 bintang gitu... Sebab aku suka..... Bak kata orang...mulut bisa berbohong...tapi lidah ngakk bisa berbohong dong..!!


Bercakap banyak pun tiada guna... semuaya sudah selamat ke dalam perut.... yang tinggal hanyalah resepi buat pengganti... Jom kita layan ..!!

Resepinya aku ambil disini..
(Original resepi from Kuchai FP)

Bahan-bahan:
Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah
Mozarella cheese

Sos Daging
1 block daging kisar RAMLY (400g)
1 tin cendawan butang potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh ( ini aku tak letak sebab x nak pedas sangat..sesuai untuk anak makan..)
2 sudu besar tomato pure
1 tin kecik PREGO tomato sos (original)
2 sudu sos cili
1 kuib pati ayam KNORR
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Sos Putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin
sedikit lada sulah & garam

Cara-cara memasak

Sos Daging
  1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging.
  3. Bila daging empuk masukkan sos PREGO, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam.
  4. Masak hingga sebati kemudian masukkan cendawan butang.

Sos Putih
  1. Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana.
  2. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sederhana jugak sampai pekat. Masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah.
  3. Masukkan cheese & tutup api.

Cara susun:
  1. Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat nanti. Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih.
  2. Tabur mozarella cheese byk2.
  3. Ulang sampai penuh mangkuk diakhiri taburan cheese di atas sekali.
  4. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit.
  5. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.




Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting