Showing posts with label bihun. Show all posts
Showing posts with label bihun. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

MIHUN SINGAPURA

Salam sejahtera di hujung minggu... Dah makan? Masak apa pagi ni? Mesti semua dah kekenyangan menikmati menu pagi ni.. Alhamdulillah..

 
Pagi ni jom kita ke Singapura! Mesti semua dah familiar sangat dengan menu ni kan? Biasa2 saja.. Selalu kita goreng bihun yang berkaler , hari ni kita buat yang hitam putih pulak la.. Cuma kita kaler sikit sana sini biar nampak berseri. Takkan muka je nak berseri kan, hidangan pun kena juga nampak berseri. Barulah bertambah2 selera nak makan..

 
Aku macam biasa la..guna fishball sebagai rencah. Nak kata aku ni stokis fishball pun boleh, dealer pun boleh! Apa taknya, sikit2 fishball.. sikit2 fishball... tak lama lagi ada la tu yang melamar aku jadi duta fishball ni.. Tapi aku tak mau, aku sibuk dengan anak2 dan macam2 lagi..  OK itu sessi perasan sudah selesai. Kita kembali ke dunia sebenar..

 
Aku buat ni sebab Kak Ummi dok tayang2 bihun Singapore nya hari tu. Inilah hasilnya.. Jom kita intai resepi Kak Ummi ni. Tapi banyak yang aku skip ..heheh.. sebab banyak bahan yang tak ada.. Tapi masih layak dinamakan MIHUN SINGAPURA kot ... Macamana tu wahai Singaporean?


Bahan-bahan:-

* 1 paket meehoon (rendam dan toskan)
* 200 gm bunga kobis ( tak letak)
* 1 batang carrot - potong halus2
* 1/4 biji kobis ( puuuunnn tak letak)
* 2 biji cili (merah dan hijau)
* 1 labu bawang besar - dadu
* 5 ulas bawang putih - racik halus
* 15 ekor udang basah (errr...tak letak juga)
* 2 ekor sotong sederhana besar ( tak ada..nak letak camner?)
* 2 keping isi ayam - potong kecil
* 1 paket bebola ikan (fishball) - belah 2 ( aku guna dua peket..huh..puas hati!)
* 1 paket kek ikan (fishcake) - potong nipis ( tak letak puuunnn)
* 3/4 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar sos tiram
* Sedikit air untuk melembutkan mihun
* Garam

Bahan Sos Cili Kicap (dikisar bersama):- ( aku tak berapa rajin nak buat..)


* 15 tangkai cili padi
* 1/4 cawan kicap pekat
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu teh cuka
* garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan ayam, kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang.  Kacau lagi.
4. Masukkan karot dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
5. Tambah air sedikit dan masukkan meehoon. Kacau rata hingga meehoon lembut (tambah air jika perlu).
6. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng..


Ikhlas tapi jauh...

Monday, July 18, 2011

MIHUN MASAM MANIS

Ini untuk lunch anak2 aku untuk Jumaat lepas. Aku tak sempat nak bergurau senda dengan nasi sebabnya baby tecik aku nak bermanja2an dengan mamanya. Dia tak bagi peluang mama dia pergi dapur. Dia suruh tatap muka dia je... Saja dia bagi mama dia lepak2 dengan dia koooottt.. Hari Jumaat anak2 aku balik awal dari sekolah, jadi ini sahajalah yang sempat aku buat untuk diorang. Tapi diorang ok saja.. No hal, no regret..!! Bihun pun bihun laaa.... abis jugakk.
Anak2 aku ni kalau spesies2 mi/bihun ni diorang suka jer. Kalau masak sebungkus sampai ke petang diulang2. Liciiiiinnn... Ok la kan, aku ajar anak aku kecik2 tak de la 'wajib' makan nasi untuk lunch. Pendek kata apa2 pun boleh.. Siapa nak tiru silalah mulakan dari sekarang.. nanti sonang... Tidak lah nanti seorang request nasi, seorang request mi, seorang request roti.. isyykkk... pening nanti.. hehheh

Bihun ni rasa dia masam2 sikit.. masam2 manis gitu. Kira sesuai la dengan namanya kan.. Tapi aku adjust2 sikit kasi sesuai dengan untuk 'yang makan pedas dengan yang tak makan pedas' Kira.. tengah2 la kan. 50-50.

Ok la jom kita tatap2 resepinya yang aku ambik dari dapur.. errr.. malu aku nak kabar banyak2 kali. Macam tak biasa kan.. Kak Ummi la siapa lagi... Maceh eh Kak Ummi!


Bahan:-

* 1 paket mihun - rendam dan toskan
* 1 ikat sawi - kerat 2 inci (aku tak letak sebab x de stok dan maleh nak gi kedai beli)
* 1/4 biji kobis - dihiris ( pun tak de.. :-( )
* 200 gm daging - dihiris nipis (aku guna ayam)
* 2 camca besar cili kisar ( aku tak letak sebab dah letak sos cili )
* 4 ulas bawang merah - ditumbuk
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 camca besar udang kering - rendam air panas dan tumbuk ( aku ganti ikan bilis )
* 1 paket fishball - belah dua
* 1/4 cawan air asam jawa
* 4 camca besar sos cili
* 1 camca besar sos tomato
* 2 camca besar sos tiram
* 2 camca besar kicap cair
* 1 - 2 camca besar kicap pekat
* 3/4 cawan air (cukup untuk melembutkan mihun)
* 1 camca besar gula
* garam secukup rasa
* minyak untuk menumis


Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan kacau hingga agak garing dan wangi. Masukkan pula cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan sedikit air. Biar daging empuk.
3. Masukkan semua sos dan kicap serta fish ball, kacau lagi.
4. Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi.
5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan sayur-sayur dan mihun. Kacau balik hingga rata.
7. Bila mihun telah lembut, tutup api dan hidangkan bersama telor dadar, cili merah potong dan daun bawang yang dihiris halus.



Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting