Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Cheese Potato Tuna Pie

Ini hidangan khas untuk anak saudara yang menjadi tetamu istimewa minggu ini.

Keputusan di saat akhir apabile menu lain yang dirancang awal terpaksa dibatalkan disebabkan ayam yang tidak sudi melembutkan diri dalam tempoh yang singkat.

Ini menu kegemaran aku dan anak sulung. Yang lain, teguh dengan  lidah kemelayuan sehingga menghalang diri  merasai kenikmatan menu ini.

Jom kita intai resepinya:

Bahan-bahan
1 kilo kentang
50 ml susu segar
50 ml butter
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam.
50g butter
50g tepung gandum
300 ml susu segar
2 tuna dalam tin.( 185 g)
2 batang daun bawang
2 sudu besar daun parsli
120 g keju cheddar (matured) - diparut
100 g keju mozarella

Cara-cara

1. Rebus kentang sehingga empuk.
2. Setelah empuk, tapis air dan lenyekkan hingga halus.
3. Masukkan mentega dan susu.
4. Gaul rata.
5. Masukkan garam dan lada hitam.
6. Ketepikan.
Sementara itu...
1. Panaskan oven 200°C.
2. Cairkan mentega.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau dengan senduk kayu sehingga masak. ( tiada lagi rasa tepung)
4. Masukkan susu dan kacau sehingga pekat.
5. Dalam bekas tahan panas, masukkan tuna.
6. Campurkan keju cheddar yang diparut, daun parsli, daun bawang.
7. Gaulkan dengan sos putih tadi ( campuran tepung, susu dan mentega).
8. Kacau sebati dan ratakn dalam mangkuk.
9. Letakkan adunan kentang di atasnya. Ratakan.
10. Taburkan dengan keju mozarella.
11. Masak selama 15-20 minit sehingga bahagian atas kelihatan keperangan-perangan.
12. Sedia untuk dimakan!
Selamat mencuba....

Sunday, November 10, 2013

Kari Ikan Salmon

Pertama kali aku menikmati masakan ini adalah pada hari pertama aku menjejaki bumi London. Dijamu  makan tengahari di rumah pasangan suami isteri yang menyambut ketibaan di sana.
Rasa lemak-lemak terutama pada bahagian abdomen boleh sahaja membuatkan aku terlupa seketika dunia sekeliling.
Bagaimana pun, atas dasar kesedaran diri yang masih kuat maka tidaklah aku tergamak berlebih-lebihan walaupun memang sedap!
Bermula detik itu, aku menanam impian di dalam hati untuk memasak sendiri sebaik sahaja berjaya mendapat rumah sewa.
Hari berganti hari, alhamdulillah pada hari yang ke 43 barulah aku berjaya merealisasikannya...
Jom kita intai resepinya...
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah ( hiris)
2 ulas bawang putih ( hiris
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
3/4 cawan rempah kari Baba's
1 sudu besar pes asam jawa
1 biji tomato
2 biji cili hijau
1 cawan santan pekat
1 cawan air.
5 keping ikan salmon.
Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari.
3. Masukkan asam jawa. Biarkan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan santan dan air.
5 . Bila mendidih, masukkan ikan.
6. Masukkan tomato, garam.
7. Mendidih boleh tutup api. 

Friday, July 8, 2011

IKAN SAMBAL WANGI DAUN KESUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat tengahari tuan2 dan puan2 sekalian... Errr.. ada ke "tuan2" yang sudi menjenguk ke sini ? Mesti la ada tu kot kan..kan? Kalau pun bukan nak masak sendiri mesti dia tolong2 carikan resepi yang menepati selera dia untuk isteri dia masakkan..kan ..kan?
Ok tak pe.. tak kisah la sape pun yang nak masak...  sapa pun yang nak singgah2..  YANG PENTING sekarang aku nak war2kan ke seluruh dunia bahawa resepi yang sedang anda renung2 ini memang sedaaaapppp...!!! Tak caya? Cuba dulu.. tapii.... nanti dulu..!!! Baca betul2 tajuknya ye.. eja satu persatu. Tak sesuai menggunakan teknik speed reading apatah lagi scanning.

DAUN KESUM tau... bukan DAUN KETUM...!! Kot la nanti ada yang susah payah  pergi cari daun ketum, tak pasal2 resepi ni jadi kes polis nanti. Takut nanti kang bukan setakat dikatakan sedaaappp malahan jadi gian nak masak hari2. Isykk..isyk.. sapa yang susah? Akaaaaaakkkk jugaaakkkk...
Aku dah lama simpan resepi ni. Aku ada ikan kerisi tapi tak tak tau nak masak apa.. Aku terjumpa pulak daun ketum kesum yang masih berbaki di dalam peti ais, daripada layu macam tu aje baik aku guna cepat2 kan? Tapi takkan memanjang nak masak asam pedas je kan.. Nanti muka masing2 kat dalam rumah ni MASAM je...bila bercakap pun..PEDASSSS je... isykk.isyk... Boleh ke gitu?

Saja jer nak fokus2 sedalam2nya pada kuahnya yang wangi tu.. kot2 boleh tersebar aroma kewangian daun kesumnye..manalah tahu kan.. ( <— ini hanyalah khayalan semata2. Sila jangan layan ). Tapi jangan risau.. boleh je jadi kenyataan.. dengan SYARAT... masak je la kat rumah... Confirm tersebar aromaterapinya....

Tak caya jugak...? Cuba dulu... Apa taknye.. anak2 aku yang baru balik sekolah masuk rumah terus tanya... "Mama masak apa? Bau dari luar lagi..?" Isykkk.. ye ke? Kalau ikut2kan, jiran yang bau masakan kita masak tu kena bagi sikit rasa kan... uwaaaa... aku buat dua ekor je ni... camne nih? Tapi tak pe... aku kasi resepi je la... biar tersebar sampai ke jiran2 negara Malaysia lagi kan? kan?

Dengan perahan asam limau kasturinya... Waduh..... sukar digambarkan.. saja je aku letakkan buah limau tu kot2 sapa2 nak berkenalan dengan limau kasturi.. hehheh... saja je... musti semua2 dah tahu dan kenal rapat dengan limau kasturi tu kan.. saja je tu aku ngada2 sikit.. Lagipun aku risau juga.. takut nanti ada yang terperah limau mandarin pulak kang... Isykkk.. tak boleh la nak cerita panjang2 pasal limau2 ni... kecur air liur.. Dah.. dah..

Tengok tu..!! Kerisi tu posing side by side.. Harmoni gitu.. Tapi buah limau tu sekali tengok macam "batu belah batu bertangkup " pun ada kan..? Pulak dah..

Jom kasi close-up sikit sebelum kita layan resepinya. Ok la.. jangan tengok lama2..! Pergi print atau salin guna tangan dua kerat tu, cari bahan  dan JOM KITA MASAKKKK..!!

Resepi ini aku dapat hasil intaian ke dapur Kak Ummi yang rajin memasak tu. Kak Ummi, copy paste je la ye..! Minta halal resepi yang sedap ni..

Bahan:-
* 2 ekor ikan selar (aku guna ikan kerisi)
* 15 - 20 helai daun kesum - dihiris halus
* 2 - 3 biji limau kasturi - diperah airnya
* 1 sudu besar gula
* garam secukup rasa
* sedikit air (optional) <— yang ni aku letak ikut rasional..bukan emotional
* 4 sudu besar minyak masak

Bahan Dikisar Kasar/Tumbuk:-

* 4 tangkai cili merah
* 4 biji cili padi
* 1/2 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm belacan yg dibakar ( aku tak letak pun..sebab tak de belacan )
* 2 biji buah keras
* 1 cm kunyit hidup
* 1 cm halia
* 1 cm lengkuas

Cara Memasak:-

1. Ikan yang telah dibersihkan, dikelar, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tuang bahan kisar/tumbuk tadi. Perlahankan sikit api dan masak hingga naik minyak sambil dikacau sekali. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul balik biar rata dan mesra.
5. Masukkan daun kesum yang dihiris dan jus limau kasturi, gaul rata sekejap. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Sungguh membuka selera..selamat mencuba!


Ikhlas tapi jauh...

Wednesday, July 6, 2011

ASAM PEDAS MELAKA

Selalu tak makan asam pedas ?? Mesti ramai peminat asam pedas kat sini kan? Kalau tak ingat dunia..bertambah2 nasi tu... sedar2 dah bertambah 1 kilo..Fuhh!! Nak tambah bukannya susah sangat.. tapi nak kurangkan...alahai... habis segala petua dicuba.. hehhe..
Kepada yang selalu makan asam pedas tu, kali ni aku nak kongsikan resepi yang lain sikit dari yang lain. Kelainannya kerana ada tambahan sedikit rempah. Selalunya versi yang aku selalu buat tidak ada dimasukkan sebarang rempah itu yang buatkan aku teruja hendak mencuba resepi ini.

Bagi aku, kalau dah ada asam pedas ni, lauk lain tak ada pun tak apa dah..!! Satu ni pun dah cukup..!! Itu bagi aku la... hehheh... tapi aku tak bolehlah berlaku kicam kat anak2 kecik come lote yang tak berapa nak makan pedas ni kan..? So, kenalah juga masak makanan versi tak pedas untuk diorang...

Nak tahu rasanya ? Ok la.. jom kita kongsi2 resepi yang aku kidnapped dari akak yang kreatif metif tu.. Azlita. Resepi asal dari Bro Rozzan . Terima kasih sudi share resepi ye..

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato - potong baji
2 batang terung - dibelah 2 dan di hiris (aku tak letak)
8-10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
1 kg ikan duri/tenggiri - aku guna kepala ikan merah
2/3 cawan minyak masak

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi.
  4. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak.
  5. Masukkan ikan, bunga kantan dan air.
  6. Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi.
  7. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit.
  8. Kemudian, masukkan tomato.
  9. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.




Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting