Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

KEK LOBAK

Assalamualaikum semua..... Sihat ke? Harap2 semua sihat gembira lah hendaknya ye.. Nak gembirakan lagi hati tu jom kita masak2, jamu2 selera tu.. Bukan takat gembira, riang gembira lagi.. Ok la .. hari ni kita masak kek karot lah!  Alang2 aku dah beli carrot banyak dengan niat suci murni semata2 nak buat dan merasa kek karot ni. Teruja juga aku dengan resepi ni sebab selalu yang aku buat aku tak letak kelapa kering tapi yang ini ada la pulak.. Mmmm..macamana la agaknya rasanya ye? Nak tahu kena cubalah kan...

 
Tapi kan mak aiiii... jenuh aku nak mengabiskan kek ni. Anak2 aku ( selain Balqis lah yang sentiasa memberi moral support yang tidak berbelah bagi kepada mamanya ini atas setiap resepi baru yang dicuba.. hehhe) yang lain.. mmmm.. ditengoknya kacang walnut.. dicungkil2 , dibuang2.. Alahai..kalaulah dia tahu betapa sedapnya kacang tu tentu dia tak pandang sepi sampai sebegitu sekali .. Apakan daya.. tapi aku tak kisah lah.. sebab aku la pulak yang tukang mengutipnya. Sebab aku suka walnut!!

 
Resepi ni aku ambil dari 1001 Resepi. Aku buat kek nya semata2 tanpa topping2 di atas. Namun tetap sedap. Terima kasih kepada penyumbang resepi..


Ingredients

2 cups plain flour
2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 1/2 teaspoons cinnamon
4 large eggs
1 1/2 cups oil
2 cups caster sugar
2 3/4 cups coarsely grated carrots
1 (8ounce) can crushed pineapple ( aku tak letak)
3/4 cup chopped walnuts or pecans
1 cup shredded coconut or desiccated coconut

Topping cream cheese frosting

1/2 cup butter1 (8ounce) package cream cheese
1 1/2 teaspoons vanilla essence
1 lb icing sugar

Method

  1. Sift together all dry ingredients.
  2. In large bowl, stir together sugar, eggs and oil with wooden spoon until well blended, about 5 minute.
  3. Add flour mixture a little at a time, mixing well after each addition.
  4. Add carrots, nuts, pineapple and coconut and blend thoroughly (squeez juice from carrots and pineapple).
  5. Bake in grease and line springform pan for about 60 to 90mins @ 180°C.
  6. Cream cheese frosting - cream butter, cream cheese and vanilla. 
  7. Add icing sugar a little at a time and blend well. 
  8. Add a tsp of milk if the mixture too thick.



Ikhlas tapi jauh...

Thursday, July 21, 2011

CUSTARD TEA CAKE

Dah lama intai2 resepi ni kat blog Kak Kida. Tapi tak terbuat2, ada-ada je resepi yang potong queue. Jadi sebelum dia merajuk, aku pun buat la cepat2. Tak sia2 aku buat. Balqis sekali suap, dua kali puji, suap lagi sekali, tiga kali puji. Isykk... aku pun dah sampai di awangan2 tak berpijak di bumi nyata dah. Tapi apa yang perhatikan, spesies2 kek ni selalunya kaum Hawa yang suka. Kaum Adam ni tak berapa nak layan sangat. Tapi tak kisah lah kan, diorang tak berapa nak minat pun aku tak paksa.. dapat aku makan lebih.   Selera masing2 la kan..

 
Kek ni ada kelainan sikit. Diletakkan sos kastad di dalamnya. Elok di makan bila dah betul2 sejuk jadi kastad tu pun dah keras sikit. Tapi aku ... ah...malas la nak cerita..!! 

Kalau guna adunan yang  diberikan memang sikit. Tambah pulak kita kena buat dua lapisan ( dasar dan penutup) jadi kalau guna adunan resepi ni kena pastikan guna loyang kecil sebab nanti tak cukup/padan pula untuk letak lapisan untuk menutupi sos kastad tu.  Jadi kalau nak guna loyan besar, kenalah buat 2 adunan.  Ini ikut pengalaman aku la...

 
Kalau Hasue buat 2 adunan untuk kastad, aku pula buat 3 adunan. Hehehe.. ( jangan marah eh cikgu..) . Tapi ok juga aku buat 3 adunan. Selain di'cukai' oleh pegawai2 kastam kat rumah ni (termasuk aku), rasanya lagi best bila letak inti banyak2 sikit kan.  

 
Ini lah dia hasilnya kek aku ini. Nak tengok resepinya? JOM IKUT AKU...


BAHAN KEK :-)

125 gram mentega 
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri ( aku guna 3/4 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil b.powder)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) ( aku buat 3 adunan untuk sebiji kek )

1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar 
15 gram mentega 
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci  Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!




Ikhlas tapi jauh...

Wednesday, July 20, 2011

APAM BELANG

Pertama kali dalam sejarah masak-memasak  aku guna kaedah membelang2 ni. Best jugak ye.. macam masuk kelas seni  la pulak. Tapi ini pun kira seni la kan.. SENI MEMASAK. Hasil belang membelang ni tentunya lebih menyelerakan selain nampak lebih camtik. Terima kasih Kak Azlita kerana menunjuk ajar step by step cara2 membelang ni. Ini lah hasilnya assignment yang diberi. Yang lubang2 di permukaan tu, buat2 tak nampak aja lah ye..

 
Aku menggabungkan tiga warna yang aku rasakan bersesuaian berdasarkan apa yang ada di rumah. Warna coklat aku gunakan perisa mocca,  warna kuning aku gunakan perisa pisang manakala warna hijau aku gunakan paste pandan. Waahh.. mantop jugak rasanya..  Part membelang tu yang aku suka.  Ini versi anak2 aku belum bangun tidur. Kalau diorang tumpang sekaki aku pun tak berapa nak pasti macamana versi belangnya. Hehheh..

 
Bila dah dibelangkan macam ni , rasanya pun boleh divariasikan. Jadi tak adalah statik pada satu rasa sahaja . Nak cuba? Meh kita intai2 resepinya ...




APAM BELANG

by: Shamama
sumber : Ucu Faridah

Bahan2:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (aku guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna

Cara:

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Ikhlas tapi jauh...

Wednesday, July 6, 2011

KEK COKLAT KUKUS

Tanggal 5 Julai 2003, hari lahir putera kedua aku ALIFF HAIQAL. Begitu pantas masa berlalu, dah lapan tahun anak teruna aku tu.. Mama doakan semoga Haiqal sentiasa dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah S.W.T dan menjadi anak yang baik dan soleh. Semoga Haiqal berjaya dunia dan juga akhirat. Amin..
Jadi, sempena birthday anak teruna aku hari ini, aku buatkan kek coklat lembap atas permintaan birthday boy.. Sebenarnya hari ni badan aku tidak berapa sihat, tapi dah petang2 tu aku gagahkan juga..dan inilah hasilnya.. Perancangan asal, konon2 kat atas tu aku nak hias dengan coklat 'SMARTIES' yang colourful tu..baru lah nampak ceria sikit... tapi 'runner' aku pula terbawa balik yang ini..kira ok la tu...sama je kan? Tak menjejaskan pun.. Ini sahajalah hasil yang tidak seberapa yang mampu aku persembahkan.. heheh... tidaklah comey macam bakery pun... tapi rasa tetap maintain..

Kek ni memang sedap..!! Dah beberapa kali aku buat.. Menggunakan teknik kukus dengan teksturnya lembap dan penuh rasa coklat.. Sesuai sangat untuk mereka yang berkira2 untuk menambah koleksi saham lemak di badan.. aku rekomen yang ini.. Selalunya, kek ini aku akan sejukkan di dalam peti ais dahulu kerana ianya lebih sedap dimakan ketika sejuk.

Menyelerakan kan? Jiwa yang tenang pun boleh bertukar menjadi bergelora...Dipukul ombak kiri dan kanan.. cukup berbahaya kepada bot2 kecil... Ditambah pula topping yang di atas, itulah kenyataan yang tidak sanggup dihadapi..Waduh...waduuuuhhh... Tetapi... inilah hakikat... hidup perlu diteruskan.. makanan perlu dihabiskan... Jangan membazirr....

Aisey...!! Terbalik la pulak yang ini.. Itulah masing2 dah tak sabar nak explore kelazatannya.. Kek tu pun dah tak mampu nak berdiri.. Terus pitam lantas jatuh tergolek..!! Adusss...kasihan dia..kasihan dia (background lagu Allahyarham Sudirman..)


Ok la.. tak baik mainkan perasaan orang lama2... kek ni memang glamour.. dah ramai sangat yang mencuba.. dan feedback nya memang positip!! Resepi daripada Chef Zubaidah... Aku dapatkan dari AlongRoz @ MyR. Terima kasih ye sudi share resepi yang sedap banget ni..


Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat)

* 100 gram serbuk koko *
* 250 gram gula kastor* (akuletak 230 gm )
* 1 tin susu isian cair*
* 200 gram minyak masak sayuran*
* 250g susu pekat*(aku letak 230 gm )
* 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih
* 150 gram tepung gandum
* 1 sudu teh soda bicarbonate
* 1 sudu teh baking powder

Cara-Caranya:-

1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer.
3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan ganache.

Bahan Untuk Ganache/Icing:-

* 1 tin susu pekat - (aku guna 3/4 tin sahaja)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
* 1/3 cawan serbuk koko
* sedikit garam

Cara Membuat:-

1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.




Ikhlas tapi jauh...

Sunday, July 3, 2011

TIRAMISU

Menu ni aku buat semalam. Ini favourite aku dan anak2.. Encik hubby tak layan cheese, kek dan yang sewaktu dengannya.. Berdasarkan survey yang aku buat...aku rasa peminat2 kek berasaskan cheese ini kebanyakan adalah dari kalangan wanita.. Kenapa ye? Nak tahu sebabnya, aku serahkan kepada sesiapa yang berminat hendak buat kajian yang seterusnya.

Suatu ketika dahulu, aku peminat tegar tiramisu ni.. tapi semenjak dah selalu buat ni.. aku dah boleh control perasaan.... Iye la...dah selalu sangat buat kan? Ini aku buat atas request anak2 di samping hendak menghabiskan biskut tiramisu yang ada sikit lagi tu... Tapi yang hairannya, setiap kali aku buat bukan main juga aku makan.. isykk..isyk.. Iye ke aku dah tak kisah???
Hendak buat tiramisu versi ini, simple sahaja.. Tak perlu bakar atau pun kukus.. cuma letak dalam peti ais.. Tunggu 3 hingga 4 jam biar keras sikit dah boleh makan. Tiramisu ni sedap dimakan sejuk2.. oleh itu pastikan peti sejuk di rumah anda is available to be use sebelum bercadang membikin tiramisu ini... hehehhe..


Resepi ini aku dapat hasil menjelajah ke blog Hana. Jom kita intai2 resepinya .. Terima kasih ye Hana sudi share resepi yang sedap ni..


Bahan-bahan

* 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu ( boleh dibeli di kedai bahan kek)
* 250g cream cheese
* 200ml whipping cream
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
* 1 sudu makan serbuk nescafe
* serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya



Ikhlas tapi jauh...

Saturday, June 25, 2011

KEK LUMUT


Resepi ni menggunakan teknik masakan secara kukus. Dah lama aku simpan menu ni.. Nampak macam istimewa .. Tapi yang lebih istimewa kerana kek ini perlu dikukus selama 2 1/2 jam... Lama kan? Rasanya setakat ini , inilah pertama kali terjumpa resepi kek yang peru dimasak/kukus selama itu. Kenapa ye? Mungkin untuk tahan lama agaknya.. Agaknya sahaja..

Ini lah hasilnya perjuangan kek tu di dalam periuk kukus selama dua setengah jam ! Rasanya seakan2 kek lapis pun ada.. Kiranya ini langkah pertama aku ke arah membikin kek lapis lah agaknya.

Jom kita tengok resepinya. Resepi diterbangkan khas dari Bumi Kenyalang.. Terima kasih untuk dayang_jack untuk resepi yang sedap ini..

Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”

* 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
* 8 biji telur A
* 450 gm mentega Golden Churn
* 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
* 200 gm horlicks
* Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
* 1 tin kecil Seri Kaya
* 1 tin kecil susu pekat manis
* 1 sk esen vanilla

Cara-cara :

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)




Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting