Tuesday, July 19, 2011

CHAR KUEY TEOW


Aku suka Char Kuey Teow! Hidangan macam ni sedap makan panas2, sejurus lepas dimasak. Tidaklah nanti kuey teow tu dah kembang dengan kuahnya dah tak berapa kaww..!! Dulu zaman aku muda remaja, masih belajar aku selalu berulang makan kat gerai Char Kuey Teow ni dengan kawan2 serumah . Sampai muka kami pun tokey tu dah kenal.. Memang sedap CKT dia.. Dia tak kedekut udang tu yang  best tu. Lagi menambah selera aku sebab nama gerai tu sama dengan nama Encik Hubby aku sekarang ni (tapi orangnya tak sama la)..itu la agaknya aku lagi suka pergi makan kat situ kooot?? Hahahah... tak berkaitan pun.. Isykk..rindu la pulak zaman2 kanak2 riang tu..

 
Apa yang istimewanya resepi ni sebab dia ada bagitahu cara buat paste untuk CKT. Jadi, bila time nak masak tinggal masukkan rencah, paste yang dah disediakan awal2 tu, kuey teow, telur dah SIAP!!! Aku rasa kalau masak asing2 untuk sepinggan sorang nak makan lagi best.. baru lah senang nak buat kuah basah2 sikit. 

Tapi aku dah ramai rakyat dalam rumah ni manalah sesuai kan.. Alamatnya menunggu kat dapur la aku jawabnye.. Tiba time aku punya hidangan, orang yang first makan dah order satu lagi.. Isyk... memikirkan 'risiko' tu maka aku pun buat sekali harung je la... Hahaha. Tak pe la kan.. JANJI SODAAPPP..

 
Ok la..macam2 mana pun cara kita buat, resepi dah ada terpulang pada kita lah nak adjust2 ikut kesesuaian masing2. Tapi , aku suka resepi ni. Memang sedap..!! Tak caya meh kita try dulu..  Hasilnya memang tidak mengecewakan.. Resepi asalnya dari Myresepi che 'iza tapi aku jumpa di sini . Terima kasih ye kepada penyumbang resepi...



Bahan-bahan
Untuk Paste

* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sudu besar sos tiram
* 3 sudu kecil kicap pekat
* 3 sudu besar kicap manis
* 1 sudu kecil petis ( aku tak letak pun sebab tak pernah beli/guna)
* 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
* 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
* 1 sudu kecil gula

Untuk Mee

* 300 gm kuey teow
* 1 sudu besar cili boh ( aku guna cili merah sebab time buat cili boh tak ada ..)
* kerang 
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur

Cara-cara


1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.... ( aku kupas siap2 udang dan rebus kulit udang sahaja )
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jd 1 sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..


Ikhlas tapi jauh...

BUN COKLAT

Dah lama aku berangan2 untuk buat roti sendiri. Macam best je .. tapi macam tak confident pun ada. Sebab banyak sangat step dan peraturan yang perlu dikuti... daripada menguli, rest kan dia, tunggu naik 2 kali ganda.. tak ke banyak kerenah tu. Prosesnya tu mengambil banyak masa sangat aku rasa. Baik aku pergi kedai, beli terus boleh makan. Buat apa susah2 kan?

 
Tapi alhamdulillah.. kali ni aku dah sampai seru. Dengan bantuan bibik yang aku datangkan dari Korea aku dah tak punya alasan lagi. Aku mesti lakukannya.. daaaaaannnn... jeng.jeng... inilah hasilnya..!!! ( background : tepukan gemuruh di sana sini ). Aku suka.... aku suka... aku dah berjaya buat roti.. Bestnyeerrrrrr...

 
Resepi ni aku ambil dari dapur Cik Mat Gebu (CMG) . Asal namanya bun coklat  berkalsium tinggi tapi sebab aku guna susu tepung biasa je maka ini kira bun coklat kalsium secukup rasa sahaja la.. Tak de la tinggi mana pun.. Boleh la takat nak jaga tulang dan gigi supaya kuat dan sihat..

 
Ini pandangan dari atas bumbung. Tak de lah comel sangat tapi aku puas hati lah untuk budak baru belajar macam aku ni. Lembut je roti ni. Siapa nak cuba meh ambik resepi...

BAHAN-BAHANNYA :-)

200 gram tepung roti (aku guna 250g tepung roti)
50 gram tepung gandum ( aku tak guna)
10 gram serbuk koko
15 gram susu tepung
125 ml susu tinggi kalsium perisa coklat (macam dalam gambar diatas) ( aku guna susu everyday dibancuh jadi 125ml)
30 gram telur (pecah satu biji, kacau dan timbang)
60 gram gula halus
7 gram instat yeast
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
40 gram mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :-
Sediakan beks berisi air panas, susu tinggi kalsium dituang dalam cawan tahan panas dan rendam cawan tadi dalam bekas berisi air panas, hingga susu suam. Keluarkan cawan dan masukkan yis ke dalam susu suam tadi, kacau rata dan biar berbuih.

2. Satukan semua bahan2 diatas, kecuali mentega, bersama susu + yeast tadi, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan tidak melekat ditangan (kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti). Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup bekas tadi dengan plastik cling dan biar terperap semalam 1 jam atau naik sekali ganda.

3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

4. UNTUK BUN COKLAT :-
Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara, bahagiankan kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan setiap bahagian tadi sehingga licin, susun dalam tin pembakar bersaiz 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega, buat hingga siap.

5. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit tau hingga kuning keemasan. Bila masak, keluarkan bun dari tin dan sejukkan atas jaringan, jika suka boleh sapu mentega pada permukaan bun tadi...


Ikhlas tapi jauh...

Monday, July 18, 2011

MIHUN MASAM MANIS

Ini untuk lunch anak2 aku untuk Jumaat lepas. Aku tak sempat nak bergurau senda dengan nasi sebabnya baby tecik aku nak bermanja2an dengan mamanya. Dia tak bagi peluang mama dia pergi dapur. Dia suruh tatap muka dia je... Saja dia bagi mama dia lepak2 dengan dia koooottt.. Hari Jumaat anak2 aku balik awal dari sekolah, jadi ini sahajalah yang sempat aku buat untuk diorang. Tapi diorang ok saja.. No hal, no regret..!! Bihun pun bihun laaa.... abis jugakk.
Anak2 aku ni kalau spesies2 mi/bihun ni diorang suka jer. Kalau masak sebungkus sampai ke petang diulang2. Liciiiiinnn... Ok la kan, aku ajar anak aku kecik2 tak de la 'wajib' makan nasi untuk lunch. Pendek kata apa2 pun boleh.. Siapa nak tiru silalah mulakan dari sekarang.. nanti sonang... Tidak lah nanti seorang request nasi, seorang request mi, seorang request roti.. isyykkk... pening nanti.. hehheh

Bihun ni rasa dia masam2 sikit.. masam2 manis gitu. Kira sesuai la dengan namanya kan.. Tapi aku adjust2 sikit kasi sesuai dengan untuk 'yang makan pedas dengan yang tak makan pedas' Kira.. tengah2 la kan. 50-50.

Ok la jom kita tatap2 resepinya yang aku ambik dari dapur.. errr.. malu aku nak kabar banyak2 kali. Macam tak biasa kan.. Kak Ummi la siapa lagi... Maceh eh Kak Ummi!


Bahan:-

* 1 paket mihun - rendam dan toskan
* 1 ikat sawi - kerat 2 inci (aku tak letak sebab x de stok dan maleh nak gi kedai beli)
* 1/4 biji kobis - dihiris ( pun tak de.. :-( )
* 200 gm daging - dihiris nipis (aku guna ayam)
* 2 camca besar cili kisar ( aku tak letak sebab dah letak sos cili )
* 4 ulas bawang merah - ditumbuk
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 camca besar udang kering - rendam air panas dan tumbuk ( aku ganti ikan bilis )
* 1 paket fishball - belah dua
* 1/4 cawan air asam jawa
* 4 camca besar sos cili
* 1 camca besar sos tomato
* 2 camca besar sos tiram
* 2 camca besar kicap cair
* 1 - 2 camca besar kicap pekat
* 3/4 cawan air (cukup untuk melembutkan mihun)
* 1 camca besar gula
* garam secukup rasa
* minyak untuk menumis


Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan kacau hingga agak garing dan wangi. Masukkan pula cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan sedikit air. Biar daging empuk.
3. Masukkan semua sos dan kicap serta fish ball, kacau lagi.
4. Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi.
5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan sayur-sayur dan mihun. Kacau balik hingga rata.
7. Bila mihun telah lembut, tutup api dan hidangkan bersama telor dadar, cili merah potong dan daun bawang yang dihiris halus.



Ikhlas tapi jauh...

Sunday, July 17, 2011

RENDANG AYAM (Kak Liza)

Rendang ayam lagi..!!!! Aku suka makan rendang. Family aku pun suka. Rasanya baru je aku buat rendang ayam hari tu. Tapi tak pe.. kita ikut suara majoriti la kan. PILIHAN RAMAI gitu.

 
Kali ni aku buat rendang ayam guna resepi Chef kita tu.. Kak Liza. Macam biasa lah aku godek2 buku 'Senangnya Memasak Ayam Chef Hanieliza'. Dah banyak kali aku buat yang ni. Sedap ni. Bahan2 pun sempoi je.. Tak payah nak renyah2. Ini lah yang aku suka. Motto aku kan " Jangan Cari Susah Kalau Ada Yang Senang".

 
Kali ni aku buat seekor ayam. Banyak tu! Macam2 versi aku padankan untuk habiskan stok. Ada yang makan dengan roti, ada yang makan dengan nasi. Nasib baik dah habis kalau tak aku buat versi makan dengan pulut kuning pulak kang!

 
Ok. Meh.. meh.. macam biasa ambil pen dan kertas. Kita salin resepinya yok..!! Aku tambah sikit je la...


Bahan A:-

* 1 ekor ayam (dipotong kecil)
* 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
* 1/2 cawan kerisik
* 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut ( dihiris halus)
* 2 keping asam gelugor ( aku tambah)
* 1/4 cawan gula kabung ( aku tambah)
* Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

* 3 labu bawang besar 
* 5 ulas bawang putih
* 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
* 3 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 1 inci kunyit hidup
* 15 tangkai cili kering
* 15 biji cili api

Cara Memasak:-

1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit , daun limau purut dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.



Ikhlas tapi jauh...

Saturday, July 16, 2011

TELUR DADAR PECAH SERANGKAK

Pssttt... dah masak ke? Tak tahu nak masak apa ye? Ok tak pe... kali ni kita buat menu yang ringkas2 je.. Tak payah nak keluarkan ayam ke, ikan ke... Kali ni kita guna telur ayam je... NAK?? Sekali sekala time datang angin kus2  nak gantung periuk tu mulalah kan berangan.. "Alangkah indahnya andai ada yang baik hati tolong masakkan untuk aku.." 

 
Sebenarnya versi yang aku buat ni kalau markah untuk 'presentation' memang hancuuusss!! Walaupun 'indah khabar dari rupa' (versi aku ni la.) tapi AWAS..!!! Don't judge the book by it's cover ..!! Sedap ni... Sekali sekala kita touch-up la sikit kan telur mata kerbau kosong tu.. Biar nampak menyelerakan sikit... Nak gambar versi yang sepatutnya terjadi sila tengok di sini ye. Err.. macam langit dengan bumi la pulak kan? Tapi jangan putus asa. Pengalaman pertama tidak semestinya menjanjikan yang sempurna kan? ( Saja je nak menyedapkan hati sendiri yang kuciwa menjunam2..)

 
Bagus juga aku bertemu jodoh dengan resepi ni kan. Lepas ni kalau aku buat telur mata kerbau comel la sikit. Warna-warni 1 Malaysia gitu.. Disebabkan aku wujudkan blog ni pun salah satu sebabnya sebagai sumber rujukan aku di masa akan datang jadi aku masukkan jugak la.. Kalau untuk sumbangan kat tempat lain... mmm .. CONFIRM aku tak masukkan sebab aku tau.. CONFIRM kena reject.!

 
Ok la jom kita tengok resepinya dan cara2 nak buatnya supaya jangan jadi macam yang aku buat.. Meh..!!

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

* 4 biji telor
* 1 labu bawang besar - didadu
* 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
* 2 sudu teh rempah kari daging
* 1 tangkai cili merah - dihiris halus
* sedikit daun bawang
* sedikit bawang goreng
* garam secukup rasa
* sedikit minyak untuk menggoreng
* serbuk lada sulah

Cara-Cara:-

1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan.
6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.



Ikhlas tapi jauh...

Friday, July 15, 2011

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM

Ini menu tengahari aku. Kali ni aku kicapkan ayam2 ni. Kicap bukan sebarang kicap tau! Kicap harum berempah lagi. Sedap weii.. Tak caya cubalah! Mesti korang dah tak pandang dah masak kicap yang biasa2 tu.. heheh .  Ini kalau aku biarkan atas meja semuanya mahu licin dikerjakan anak2 aku. Makanya, aku dengan sepenuh kasih sayang ( cewah.) asingkanlah 2 , 3 ketul untuk cik abang aku yang belum balik kerja tu. Kang kempunan pergi cari batu belah batu bertangkup pulak kang. Isykk...

 
Sedap ni kalau makan dengan nasi panas2. Agak2 la panasnya tu. Jangan la sampai berasap2 pun nak masuk mulut jugak.. Kasi adjust..kasi adjust.. Aku pun tak nak cakap banyak2. Lagi lama aku tenung gambar ni, lagi kuat perasaan aku nak buka periuk nasi tika dan saat ini. Waduh2..

 
Resepi ni asalnya aku ambil dari Dayang Jack. Terima kasih ye atas resepi yang sedap dan menyelerakan ini..


bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - optional
1 sudu makan cili giling
1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
1 sk serbuk jintan putih
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
hirisan daun sup secukupnya
sedikit garam

Bahan-bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
Hidangkan panas-panas setelah masak.


Ikhlas tapi jauh...

Thursday, July 14, 2011

KUIH BAKAR BIJAN

Errr.. bila aku buat kuih ni teringat pulak aku kat kakak aku sorang tu. Tak tercapai2 lagi hajat nak buatkan untuk kakak aku tu.. Hehheh. Tak pa , suatu hari nanti akan tertunai jugak . InsyaAllah.

Kuih bijan ni aku buat pagi semalam. Macam biasa lah , anak2 aku pergi sekolah aku pun mulalah operasi. Sekejap dan senang aja nak buatnya. Blend semua bahan dan masuk dalam oven. Sebab senang lah maka aku tidak ragu2 untuk membikinnya. Ye la, kalau dah ada yang mudah buat apa kita cari susah kan?

 
FRESH FROM OVEN..!! Belum sempat lagi aku nak bahagikan kepada lot2 kecil. Masih di dalam keadaan padang jarak padang tekukur.. tanah kering kontang sampai merekah2 permukaannya. Oppss.. itu normal la ye.. Nampak je macam gurun sahara tapi rasanya... MANTOOOOPPP..

 
Haaa... ini yang telah dibahagikan kepada lot2 kecil. Sedap ni. Rasa lemak2 gitu, manis pun sedang2 elok je. Macam biasalah.. ANAK2 SUKA, IBU PERCAYA .... Kuih ni aku suka letak bijan tebal2 kat atasnya. Aku dengan Haiqal suka rebut2 bijan yang jatuh2 kat bawah tu. Tapi, kalau Adam dia tak suka bijan. Apa lagi aku lah mangsa keadaan untuk makan part bijan tu.. Aku tak kisah pun, sebab aku suka. Cuba aku tak suka, ada aku kisah? Mesti lah aku kisah kan? Hehehe..

 
Resepi ni aku dapat dari dapur sifu alam maya aku.. Kak Ummi  yang asalnya dari Joayee. Terima kasih ya sudi share resepi ni. Tak payah la lagi aku nak kirim kat hubby aku belikan kat ofis dia sebab yang ni pun dah cukup sedap. Macam yang aku selalu beli gitu. Kalau ada acuan bunga tu mesti lagi best kan?

Bahan:-

* 1 cawan gula
* 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
* 2 sudu makan mentega
* 3 biji telor
* 1/2 sudu teh garam
* pewarna hijau
* bijan

Cara-Cara:-

1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (aku bakar suhu 170 C selama 1 jam 5 minit ).




Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting