Thursday, August 18, 2011

SOTONG ORIENTAL

Ini S.O.T.O.N.G.  yang dikerjakan oleh kami sekeluarga semalam. Ini pun last minute buat keputusan masak macam ni. Masa dah suntuk bagi berbuka puasa. Last-last aku melawat ke KONGSI RESEPI, klik pada SOTONG dan PILIH! Mudah bukan? Resepi kini hanya di hujung jari anda! Memasak pun petik jari sahaja.  Wowowow.. semudah ABC!

 
Resepi ini memang sesuai bagi mereka yang hanya tinggal 'masa kecederaan' bagi berbuka puasa. Sekejap sahaja memasaknya, janji sotong dah lembut la ye!

 
Tapii..... haaa... ada tapi tu ya! Sekejap2 pun cara memasaknya, tetapi namun rasanya tetap tip top tau! Ini kisah benar. Tidak percaya cubalah sendiri!

 
Nak cuba? Meh sini aku bagi resepi ya! Resepi ini aku ambil dari sini ya.. Nanti dah salin resepi, jangan lupa cuba tau!

Bahan2 

500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris

Bahan2 ini dicampur jadikan pes 
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
 6 s/b air panas

 Cara Menyediakan 

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan. 2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.
Selamat Mencuba!


Ikhlas tapi jauh...

Wednesday, August 17, 2011

DONUT BERINTI DAGING

Jeng..jeng.. siapa mahu makan donut. Donut bukan sebarang donut tetapi Donut Berinti Daging!
Heheh.. buat lapar je kan? Tak patut sungguh..tak patut.. tak patut..

Resepi donut aku ambil dari dapur Kak Azlita . Hari tu nampak Kak Ita letakkan sambal ikan bilis pada donutnya. Jadi aku pula buat guna inti daging. Perghhh... Sedaaappp

Tambah pula time puasa2 ni. Siang2 mulalah teringat keindahan, kelazatan donut ini semalam. Keh..keh.. saja aku tambahkan drama sikit biar lagi power kisah kesedapan donut ni. Tapi serius ni ( nampak tak muka aku dah berubah jadi serius sekarang? Nampak kan? ) memang sedap donut ni. Memang tak akan rugi mencuba. Bak kata Ustaz Zamri : Memang Mantooppp!!!

Ok lah... sebelum kita menikmati rasanya yang mengancam tu, marilah kita menikmati resepinya di bawah ini dahulu...

DONUT

500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air
100g magerine / butter - aku guna butter
1 sudu kecil garam

( aku buat setengah adunan sahaja)

INTI DAGING:

1 bungkus daging kisar RAMLY (kecil)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dirincik halus)
3 sudu besar rempah kari daging ( gaulkan dengan sedikit air untuk jadikan pes )
2 biji ubi kentang ( dipotong dadu).
garam secukup rasa.


Cara-cara:

Inti

  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Setelah garing, masukkan rempah kari dengan sedikit air.
  • Kemudian masukkan daging.
  • Setelah daging masak, masukkan kentang dan masak hingga kentang benar2 empuk.
  • Perisakan dengan garam. Biarkan sejuk.


( Kuantiti inti daging ini akan ada berlebihan untuk disimpan)

Donut

  • Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  • Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  • Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  • Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  • Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm.
  • Masukkan inti daging tadi dan balutkan.
  • Rehat doh semula 20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.


atau..

Masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh bulat2 dan letakkan inti ke dalamnya. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng


Ikhlas tapi jauh..

Tuesday, August 16, 2011

ASAM PEDAS TETEL

Selamat pagi semuaaaa.. Ngeee..

Ini menu semalam. Resepi asam pedas tetel hasil xpdc ke blog Cik Mat. Aku guna buruh import dari Korea tu, encik PC kita itulah! Memang berbaloi-baloi. Orang gigi goyang-goyang nak tercabut pun sesuai makan!
Jom kita tengok resepi aja lah ye! Pagi-pagi ni aku pun tak tahu nak celoteh apa. Minda belum warm-up agaknya.
BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Ikhlas tapi jauh...

Saturday, August 13, 2011

AYAM MASAK MERAH SPECIAL

Apa-apa sahaja resepi yang bertemakan 'masak merah', 'sambal' dan yang sewaktu dengannya memang laku keras di rumah aku ni. Kali ini aku cuba yang ada 'special ' pada namanya tu. Hendak juga aku tahu apa yang special nya tu.
 
Resepi ni aku angkut dari rumah sifu tidak berdaftar aku , Kak Ummi. Kak Ummi ni rajin dan pandai masak. Jadi aku pun nak rajin dan pandai macam Kak Ummi jugak. Ngeee...

 
Lagipun sementara anak-anak aku masih tinggal bersama, nanti bila dah  besar masuk asrama siapa yang nak makan masakan aku kan? Masa ini la aku nak asah skill setajam-tajamnya.  Sekurang2nya diorang pergi mana2 pun tetaaaaaap ingat air tangan mama dia juga... ( teknik ini juga sangat sesuai untuk memikat encik suami juga.. )

 
Ok la... jom kita asah skill tajam-tajam...


Bahan:-
1 ekor ayam - potong 10 atau 12
1 tin besar tomato puree
1/2 botol sos tomato
4 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah untuk sukatan ummi)
1 ketul gula melaka
garam
1 tin susu cair (Ummi guna Ideal Nestle)

Bahan Kisar:-
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
8 batang serai

Hiasan:-
daun bawang dan bawang goreng..
*Ummi lupa lak nk tabur masa snap gambar ni.. :D

Cara Memasak:-
Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar, perlahankan api dan kacau hingga garing sikit dan naik minyak. Masukkan puri tomato, sos cili dan sos tomato. Biar seketika. Masukkan gula melaka dan garam. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sikit. Masukkan ayam, kacau rata an tutup. Bila mendidih, masukkan susu cair dan kacau lagi biar mendidih dan pekat. Tutup api dan hidangkan.

( TU DIA... AKU TIRU BULAT2 !! Jangan mare Kak Ummi..)


Ikhlas tapi jauh...

PUDING TEMBIKAI

Salam sejahtera.. Jom kita basah-basahkan tekak dengan Puding Tembikai ! Tak dapat makan buah tembikai, makan puding ala tembikai pun jadilah.... Puding ni aku buat dah lama. Jadi draft pun dah lama. Publish sahaja yang belum!

Ini sahaja potongan yang ada gaya tembikai.. selebihnya potongan edisi 'asal-boleh-makan'. Bijan pun aku tempek sekadar untuk posing..hehe.. sebab aku yakin ramai nanti yang akan jadi pegawai SIRIM tidak bertauliah.
Sedap puding ni rupanya! Menggunakan roti sebagai salah satu bahan asas. Anak-anak pun suka.. rasa lemak dan berkrim gitu..

OK...Jom kita kongsi resepinya... Resepi diambil dari sini.

Bahan-Bahan: (loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (aku guna agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia
6 cawan air (aku guna 4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat)
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilacincau dipotong kecilsedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
  • Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
  • Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
  • Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.
  • Blend halus.
  • Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.
  • Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  • Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai ( 1 1/2 cwn). Biar keras sedikit.Pastu sedikit lagi warna asal (aku guna 1 cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit .
  • Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.



Ikhlas tapi jauh...

Friday, July 29, 2011

ROLL TUNA SANDWICH

ROTI...ROTI....Siapa mau beli roti ?? Best..best.. rasa macam nak lompat2 pun ada bila dah siap roti ni. Dah lama aku intai2 resepi ni kat blog  CMG. Blog Kak Ummi pun ada.  Semua kata sedap! Itu yang buat aku teruja nak try tu. Tapi macam tak konfiden pun ada. Kang keras ke apa ke roti hasil tangan aku tu.. tak ke kuciwa aku nanti.. apatah lagi mereka2 yang menunggu 'hasil eksperimen' aku ni... Hahaha... Tapi belum cuba belum tahu kan?

 
Ini lah dia hasil eksperimen aku .. Roll Tuna Sandwich. Adusss... Gumbiranya hati ini, bagai menari2 di dalam. Betuuuulll..... sedap ni. Untuk satu adunan ni aku boleh dapat dalam 10 ketul. Yang kategori dewasa makan sorang 2 ketul.. budak2 1 ketul. Memang kenyang! Tak makan nasi dah malam tu..

 
Errr.. tak ada la comey macam CMG . Tapi sekurang2nya aku dah dapat menghayati rasanya yang  bagaimana, kesedapannnya tahap mana dan yang paling PENTING... 100% HOMEMADE. Ok la tu kan?

 

Ada sesiapa yang teringin nak cuba. Meh aku tempek resepi di sini ye! Kot2 aku nak buat lagi sekali ke, dengan rupa yang lebih anggun ke kan?


BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") ~ 1 sudu besar
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang) ~ aku bahagi dua dari sebiji telur
6 gram instant yeast ~ 1 1/2 tsb
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)

1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :-
 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 

KAEDAH LAIN :-
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :-

Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.

3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

p//s : Untuk step by step bergambar sila ke dapur CMG



Ikhlas tapi jauh...

AYAM MADU BERKICAP

Aku tengok dalam botol , ada sikit lagi madu nak dihabiskan. Dan aku  pun dengan semangat berapi2 mulalah menggeledah  senarai2 resepi 'waiting-list'.  Cabut undi, buang undi, cabut undi, buang undi beberapa kali last2 aku buat keputusan yang nekad untuk buat yang ini...AYAM MADU BERKICAP.

 
Waaaa... hasilnya memang sangat tidak mengecewakan. Rasanya memang umphhh... sehingga menjilat jari. Jadi misi aku hari ini dah tercapai : PERTAMA : Menghabiskan madu hingga ke titisan yang terakhir dan KEDUA: menu tengahari dah settle . YESSSS!!!

 
Resepi ni adalah kombinasi manis2 madu, masin2 kicap, pedas2 cili, masam2 perahan lemon. Pendek kata.. MACAM-MACAM ADA...Anak2 aku pun suka. Jadi macam biasa lah.. ANAK SUKA, IBU PERCAYA... ala2 iklan gitu..

 
Resepi ni aku import dari blog Dayang Jack. Terima kasih sumbangkan resepi yang sedap ini. Lain kali kalau ada resepi yang sedap2 tu tinggal2 kan lah lagi dalam blog tu. Nanti saya pergi ambil ye..!

 
Ok lah..jom kita jenguk2 resepinya, cara2nya..kot2 bahan dah ada boleh la kita mulakan projek..JOM!

Bahan-bahan :

* 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Kemudian digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam & digoreng hingga 1/2 masak) ( aku buat 1/2 ekor je )

* 5 biji bawang merah (dikisar)
* 2 ulas bawang putih (dikisar)
* 1 cm halia (dikisar)
* 3-4 biji cili padi (diketuk) ( tak masukkan pun. Nanti kanak2 riang dalam rumah terlebih pedas pulak)
* 1 sudu makan cili kering kisar
* sedikit hirisan daun ketumbar ( tak ada stok. Aku ganti daun sup sahaja)
* 1 sb kicap pekat
* kicap manis secukupnya ( aku letak 2 sudu besar)
* sos cili secukupnya ( aku letak 1 sudu besar )
* 1 sb sos tiram
* 2 sudu besar jus lemon
* 1-2 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
* sedikit hirisan kapsikum ( guna cili merah )

Cara-cara :

1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Boleh tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan ayam, hirisan cili, cili padi dan daun ketumbar. Gaulkan rata2.
4. Kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau lagi hingga kuah pekat.
5. Hidangkan setelah masak.



Ikhlas tapi jauh...

Wednesday, July 27, 2011

KEK LOBAK

Assalamualaikum semua..... Sihat ke? Harap2 semua sihat gembira lah hendaknya ye.. Nak gembirakan lagi hati tu jom kita masak2, jamu2 selera tu.. Bukan takat gembira, riang gembira lagi.. Ok la .. hari ni kita masak kek karot lah!  Alang2 aku dah beli carrot banyak dengan niat suci murni semata2 nak buat dan merasa kek karot ni. Teruja juga aku dengan resepi ni sebab selalu yang aku buat aku tak letak kelapa kering tapi yang ini ada la pulak.. Mmmm..macamana la agaknya rasanya ye? Nak tahu kena cubalah kan...

 
Tapi kan mak aiiii... jenuh aku nak mengabiskan kek ni. Anak2 aku ( selain Balqis lah yang sentiasa memberi moral support yang tidak berbelah bagi kepada mamanya ini atas setiap resepi baru yang dicuba.. hehhe) yang lain.. mmmm.. ditengoknya kacang walnut.. dicungkil2 , dibuang2.. Alahai..kalaulah dia tahu betapa sedapnya kacang tu tentu dia tak pandang sepi sampai sebegitu sekali .. Apakan daya.. tapi aku tak kisah lah.. sebab aku la pulak yang tukang mengutipnya. Sebab aku suka walnut!!

 
Resepi ni aku ambil dari 1001 Resepi. Aku buat kek nya semata2 tanpa topping2 di atas. Namun tetap sedap. Terima kasih kepada penyumbang resepi..


Ingredients

2 cups plain flour
2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 1/2 teaspoons cinnamon
4 large eggs
1 1/2 cups oil
2 cups caster sugar
2 3/4 cups coarsely grated carrots
1 (8ounce) can crushed pineapple ( aku tak letak)
3/4 cup chopped walnuts or pecans
1 cup shredded coconut or desiccated coconut

Topping cream cheese frosting

1/2 cup butter1 (8ounce) package cream cheese
1 1/2 teaspoons vanilla essence
1 lb icing sugar

Method

  1. Sift together all dry ingredients.
  2. In large bowl, stir together sugar, eggs and oil with wooden spoon until well blended, about 5 minute.
  3. Add flour mixture a little at a time, mixing well after each addition.
  4. Add carrots, nuts, pineapple and coconut and blend thoroughly (squeez juice from carrots and pineapple).
  5. Bake in grease and line springform pan for about 60 to 90mins @ 180°C.
  6. Cream cheese frosting - cream butter, cream cheese and vanilla. 
  7. Add icing sugar a little at a time and blend well. 
  8. Add a tsp of milk if the mixture too thick.



Ikhlas tapi jauh...

ROTI JOHN TUNA

Hari ini jom kita breakfast roti..! Selalu aku guna daging tapi hari ni aku malas nak keluarkan daging yang masih keras macam batu tu dari dalam freezer. Jadi aku gunakan sahaja alternatif lain yang lebih cepat dan pantas. Customer semua dah nyanyi lapar...lapar.! Jadi, aku harus bergerak PANTAS!! Yeahhh...

 
Simple je aku buat . Sayur mayur pun tak ada. Dah habis daaaa... Jadi hiasan mayonis itu adalah paling TERhebat yang dapat aku persembahkan. Hikhikhik..
 
Balqis bawa dua ketul untuk bekal sekolah. Haiqal tak layan sebabnya dia kantoi aku letak bawang .. terus dia REJECT!! Adusss... pegawai SIRIM yang satu ni memang tiada kompromi dengan spesies bawang ni. Cerewet bebenor pasal makan. Tapi kalau sekali dia suka, dia puji sampai melangit!  
 
Wokey.. tak perlu cakap banyak2.. Sesiapa teringin nak cuba boleh lah ambil resepi ni ye..

Bahan2:

* 1 tin tuna
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* garam
* 4 biji telur
* daun sup - cincang halus
* sedikit lada sulah
* minyak@butter
* Roti Hotdog (boleh dapat 6-7 roti - bergantung kepada banyak mana inti yang diletakkan)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
* Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan tuna. Perasakan dengan garam. Masukkan lada  sulah dan masak hingga agak kering.
* Di dalam mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan tuna tadi dan juga daun sup. Kacau.
* Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan tuna tadi. Belah roti tak putus dan di dalam keadaan roti terbuka, letakkan roti di atas telur. Jika menggunakan kuali besar bolehlah buat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
* Paipkan sos dan juga mayonis. Boleh juga jika ingin letakkan salad , tomato dan seangkatannya. Kemudian lipat semula roti itu. Potong dan siap dihidang.



Ikhlas tapi jauh...

Tuesday, July 26, 2011

PUDING LAPIS KOPI MOCCA

Assalamualaikum...

Wah..banyak hari juga aku cuti meng'entry' resepi di sini. Rindu la pulak rasanya. Memang berhajat nak masukkan entry yang memang dah beratur panjang cuma tak sempat nak 'mengarang'. Maka kekallah entry2 tu di dalam peti draft. Hahaha... macam la sibuk bebenor. Bagaimanapun, pada yang sudi2 melawat sepanjang ketiadaan aku di dapur tu diucapkan terima kasih banyak2.  Buat la macam rumah sendiri ye. Kopi , gula semua ada dalam almari tu. Pandai2 lah bawa diri.. asalkan jangan sepah2 sudah la.. 

 
Sekarang ni cuaca panas. Jadi memang ngam sangat kalau kita puding-memuding ni kan? Makan sejuk2.. aduhhhh .. damai aja masuk ke tekak. Lupakan seketika tentang terik mentari.. Isyk..isyk.. Puding ni dah lama aku intai2. Berkilat2 macam sedaaaap sangat. Tapi nak buat lapis2 tu yang buat aku mati semangat tu. Time tengah melapis kang  anak nangis la.. nak itu la.. nak ini la...

Tapi part lapis melapis ni, kalau nasib menyebelahi aku memang sempat la juga tengok kejadiannya yang cantik tu. Tapi kebanyakannya, memang ada2 aja watak2 sampingan yang suka menguji ketenangan aku melapis...jadi selalu la ada kes2 lapisan tak sempat nak keras dan yang sewaktu dengannya. Dan untuk kali ini.. ini sahajalah hasil yang terbaik dapat aku persembahkan. ..Lalalala..

 
"MIRROR..MIRROR IN THE PUDDING....Who is the handsome  boy in the world?" Berkilat2 sampai boleh buat cermin. Cuba teka muka siapa la tu yang enterprem dalam puding di atas tu? Sibuk aja mama nak ambik ga,mbar. Nak makan pun terbantut haihhh..

 
Bagaimanapun puding ni memang sedap. Sapa2 yang suka main lapis2 tu silalah copy resepi ni. Resepi aku ambil dari dapur Naz's COSK. Dah buat tu hantar la sepinggan ke sini. Nanti aku kasi alamat...


[A] Bahan-bahan Puding Mokka :

* 10 gm serbuk agar-agar
* 400 ml air
* 3/4 cawan gula pasir
* 2 Tbsp + 1 tsp tepung jagung, larutkan dengan 100 ml air
* 600 ml susu segar
* 2 Tbsp serbuk koko, dilarutkan dengan 60 ml air panas

Cara-cara :

1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan juga gula pasir ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan serbuk agar-agar serta gula larut.
2. Masukkan larutan tepung jagung, susu segar dan juga larutan koko. Kacau rata. Biarkan di atas api yang paling kecil atau boleh merendam periuk di dalam satu bekas lain yang berisi air panas. Tujuannya untuk mengelakkan larutan agar-agar dari membeku sebelum habis digunakan.

[B] Bahan-bahan Puding Kopi :

* 10 gm serbuk agar-agar
* 1 liter air
* 1/2 cawan gula pasir
* 3 tsp serbuk kopi segera  (aku guna Old Town White Coffee HAZELNUT )
* 1 tsp perisa mocca

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan di atas api yang paling kecil atau letakkan periuk ke dalam bekas yang berisi air panas untuk mengelakkan larutan agar-agar membeku sebelum habis digunakan.


Cara Menyediakan Puding Kopi Mokka :

1. Sedikan loyang atau acuan kegemaran anda. Basahkan bahagian dalamnya dengan air.
2. Tuang atau sendukkan adunan puding mokka ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras.
3. Kemudian, sendukkan pula adunan puding kopi ke dalam acuan tadi. Biar ia mengeras.
4. Buat hingga habis semua adunan digunakan. Simpan di dalam peti sejuk. Hidangkan apabila telah keras sepenuhnya. 



Ikhlas tapi jauh...

Saturday, July 23, 2011

MIHUN SINGAPURA

Salam sejahtera di hujung minggu... Dah makan? Masak apa pagi ni? Mesti semua dah kekenyangan menikmati menu pagi ni.. Alhamdulillah..

 
Pagi ni jom kita ke Singapura! Mesti semua dah familiar sangat dengan menu ni kan? Biasa2 saja.. Selalu kita goreng bihun yang berkaler , hari ni kita buat yang hitam putih pulak la.. Cuma kita kaler sikit sana sini biar nampak berseri. Takkan muka je nak berseri kan, hidangan pun kena juga nampak berseri. Barulah bertambah2 selera nak makan..

 
Aku macam biasa la..guna fishball sebagai rencah. Nak kata aku ni stokis fishball pun boleh, dealer pun boleh! Apa taknya, sikit2 fishball.. sikit2 fishball... tak lama lagi ada la tu yang melamar aku jadi duta fishball ni.. Tapi aku tak mau, aku sibuk dengan anak2 dan macam2 lagi..  OK itu sessi perasan sudah selesai. Kita kembali ke dunia sebenar..

 
Aku buat ni sebab Kak Ummi dok tayang2 bihun Singapore nya hari tu. Inilah hasilnya.. Jom kita intai resepi Kak Ummi ni. Tapi banyak yang aku skip ..heheh.. sebab banyak bahan yang tak ada.. Tapi masih layak dinamakan MIHUN SINGAPURA kot ... Macamana tu wahai Singaporean?


Bahan-bahan:-

* 1 paket meehoon (rendam dan toskan)
* 200 gm bunga kobis ( tak letak)
* 1 batang carrot - potong halus2
* 1/4 biji kobis ( puuuunnn tak letak)
* 2 biji cili (merah dan hijau)
* 1 labu bawang besar - dadu
* 5 ulas bawang putih - racik halus
* 15 ekor udang basah (errr...tak letak juga)
* 2 ekor sotong sederhana besar ( tak ada..nak letak camner?)
* 2 keping isi ayam - potong kecil
* 1 paket bebola ikan (fishball) - belah 2 ( aku guna dua peket..huh..puas hati!)
* 1 paket kek ikan (fishcake) - potong nipis ( tak letak puuunnn)
* 3/4 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar sos tiram
* Sedikit air untuk melembutkan mihun
* Garam

Bahan Sos Cili Kicap (dikisar bersama):- ( aku tak berapa rajin nak buat..)


* 15 tangkai cili padi
* 1/4 cawan kicap pekat
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu teh cuka
* garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan ayam, kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang.  Kacau lagi.
4. Masukkan karot dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
5. Tambah air sedikit dan masukkan meehoon. Kacau rata hingga meehoon lembut (tambah air jika perlu).
6. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng..


Ikhlas tapi jauh...

Friday, July 22, 2011

POPIA NESTUM

Tak tahu apa nak kunyah petang2 ? Haa... apa kata cuba buat yang ini. Sedap ni..! Boleh divariasikan dengan macam2 cara.. nak pedas ke, masin ke, manis ke.. ikut kita la.. Tapi untuk kali ni kita guna nestum la ye? 

 
Nak buat ni aku gunakan kaedah 3G. "GULUNG, GORENG dan GAUL". Kejap je buat.. (nak habiskan lagilah sekejap). 

 
Nak tahu cara2nya ? MEH ikut aku...

bahan2:
1 peket besar kulit popia (anggaran 40 keping)
1/2 cawan gula pasir dikisar halus
1/2 cawan nestum dikisar juga
1/3 horlicks

Cara2:
  1. Kulit popia digulung, dan dilekatkan dihujungnya dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan air.
  2. Gunting pendek2 kulit popia yang sudah siap digulung.
  3. Goreng di dalam minyak yang banyak
  4. Biarkan sejuk.
  5. Satukan semua bahan serbuk  menjadi satu...kemudian gaul rata bersama kulit popia yg dah siap digoreng tadi.
  6. Siap untuk dikunyah2..
 

Ikhlas tapi jauh...

SOSEJ CAMPUR

Resepi ni mesti budak2 suka... Satu demi satu fishball dan sosej diangkutnya. Tup2 dah licin!! Mamanya tinggal carrot je la . Katanya "Untuk terangkan mata mama ".  Isykk.isyk..

 
Resepi ni simple aja. Memandangkan anakanda2 aku ni suka sangat ratah fisball dan yang sekufu dengannya maka kita kasi gorenglah!

 
Konon2 nak jadikan lauk untuk dimakan dengan nasi. Tapi belum sempat hidang nasi, lauk yang satu ni dah licin. Kurang dah satu lauk...  Tapi disebabkan masing2 dah kenyang meratah, nasi pun dah tak layan.

 
Resepi ni aku ambil dari buku resepi "Senangnya Memasak Bersama MamaFari" yang belum terbit2 lagi ni. Resepinya di bawah ye..

Bahan2:

2 ulas bawang putih ( dicincang halus ) 
4 batang sosej ( dipotong sesuka hati )
1 bungkus fishball (dipotong sesuka hati )
1 batang carrot ( pun dipotong sesuka hati )
1 tangkai cili merah
2 biji telur
daun bawang/sup
garam dan lada sulah secukup rasa


Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan fishball dan sosej. Goreng sekejap hingga masak.
  4. Kemudian masukkan carrot dan cili merah.
  5. Pecahkan telur dan dikacau sebentar. 
  6. Tambahkan garam dan lada sulah. Taburkan dengan daun bawang/sup.
  7. Dah siap!!!


Ikhlas tapi jauh...
 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting