Wednesday, August 17, 2011

DONUT BERINTI DAGING

Jeng..jeng.. siapa mahu makan donut. Donut bukan sebarang donut tetapi Donut Berinti Daging!
Heheh.. buat lapar je kan? Tak patut sungguh..tak patut.. tak patut..

Resepi donut aku ambil dari dapur Kak Azlita . Hari tu nampak Kak Ita letakkan sambal ikan bilis pada donutnya. Jadi aku pula buat guna inti daging. Perghhh... Sedaaappp

Tambah pula time puasa2 ni. Siang2 mulalah teringat keindahan, kelazatan donut ini semalam. Keh..keh.. saja aku tambahkan drama sikit biar lagi power kisah kesedapan donut ni. Tapi serius ni ( nampak tak muka aku dah berubah jadi serius sekarang? Nampak kan? ) memang sedap donut ni. Memang tak akan rugi mencuba. Bak kata Ustaz Zamri : Memang Mantooppp!!!

Ok lah... sebelum kita menikmati rasanya yang mengancam tu, marilah kita menikmati resepinya di bawah ini dahulu...

DONUT

500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air
100g magerine / butter - aku guna butter
1 sudu kecil garam

( aku buat setengah adunan sahaja)

INTI DAGING:

1 bungkus daging kisar RAMLY (kecil)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dirincik halus)
3 sudu besar rempah kari daging ( gaulkan dengan sedikit air untuk jadikan pes )
2 biji ubi kentang ( dipotong dadu).
garam secukup rasa.


Cara-cara:

Inti

  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Setelah garing, masukkan rempah kari dengan sedikit air.
  • Kemudian masukkan daging.
  • Setelah daging masak, masukkan kentang dan masak hingga kentang benar2 empuk.
  • Perisakan dengan garam. Biarkan sejuk.


( Kuantiti inti daging ini akan ada berlebihan untuk disimpan)

Donut

  • Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  • Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  • Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  • Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  • Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm.
  • Masukkan inti daging tadi dan balutkan.
  • Rehat doh semula 20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.


atau..

Masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh bulat2 dan letakkan inti ke dalamnya. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng


Ikhlas tapi jauh..

No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting