Saturday, August 13, 2011

AYAM MASAK MERAH SPECIAL

Apa-apa sahaja resepi yang bertemakan 'masak merah', 'sambal' dan yang sewaktu dengannya memang laku keras di rumah aku ni. Kali ini aku cuba yang ada 'special ' pada namanya tu. Hendak juga aku tahu apa yang special nya tu.
 
Resepi ni aku angkut dari rumah sifu tidak berdaftar aku , Kak Ummi. Kak Ummi ni rajin dan pandai masak. Jadi aku pun nak rajin dan pandai macam Kak Ummi jugak. Ngeee...

 
Lagipun sementara anak-anak aku masih tinggal bersama, nanti bila dah  besar masuk asrama siapa yang nak makan masakan aku kan? Masa ini la aku nak asah skill setajam-tajamnya.  Sekurang2nya diorang pergi mana2 pun tetaaaaaap ingat air tangan mama dia juga... ( teknik ini juga sangat sesuai untuk memikat encik suami juga.. )

 
Ok la... jom kita asah skill tajam-tajam...


Bahan:-
1 ekor ayam - potong 10 atau 12
1 tin besar tomato puree
1/2 botol sos tomato
4 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah untuk sukatan ummi)
1 ketul gula melaka
garam
1 tin susu cair (Ummi guna Ideal Nestle)

Bahan Kisar:-
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
8 batang serai

Hiasan:-
daun bawang dan bawang goreng..
*Ummi lupa lak nk tabur masa snap gambar ni.. :D

Cara Memasak:-
Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar, perlahankan api dan kacau hingga garing sikit dan naik minyak. Masukkan puri tomato, sos cili dan sos tomato. Biar seketika. Masukkan gula melaka dan garam. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sikit. Masukkan ayam, kacau rata an tutup. Bila mendidih, masukkan susu cair dan kacau lagi biar mendidih dan pekat. Tutup api dan hidangkan.

( TU DIA... AKU TIRU BULAT2 !! Jangan mare Kak Ummi..)


Ikhlas tapi jauh...

No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting