Saturday, August 13, 2011

PUDING TEMBIKAI

Salam sejahtera.. Jom kita basah-basahkan tekak dengan Puding Tembikai ! Tak dapat makan buah tembikai, makan puding ala tembikai pun jadilah.... Puding ni aku buat dah lama. Jadi draft pun dah lama. Publish sahaja yang belum!

Ini sahaja potongan yang ada gaya tembikai.. selebihnya potongan edisi 'asal-boleh-makan'. Bijan pun aku tempek sekadar untuk posing..hehe.. sebab aku yakin ramai nanti yang akan jadi pegawai SIRIM tidak bertauliah.
Sedap puding ni rupanya! Menggunakan roti sebagai salah satu bahan asas. Anak-anak pun suka.. rasa lemak dan berkrim gitu..

OK...Jom kita kongsi resepinya... Resepi diambil dari sini.

Bahan-Bahan: (loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (aku guna agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia
6 cawan air (aku guna 4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat)
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilacincau dipotong kecilsedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
  • Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
  • Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
  • Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.
  • Blend halus.
  • Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.
  • Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  • Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai ( 1 1/2 cwn). Biar keras sedikit.Pastu sedikit lagi warna asal (aku guna 1 cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit .
  • Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.



Ikhlas tapi jauh...

1 comment:

  1. Wynn Las Vegas Casino and Resort - DrmCD
    Guests can 통영 출장샵 enjoy the most exclusive experiences of a Vegas-style casino hotel, 의왕 출장안마 dining, and a 진주 출장마사지 relaxing spa 구미 출장안마 at Wynn Las Vegas. 세종특별자치 출장안마 Rating: 4.2 · ‎2 reviews

    ReplyDelete

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting