Asal kejadian, hasrat hati mahu memasak sup bebola daging.
Bagaimanapun, dengan hati berat lagi beku, impian suci murni itu terpaksa aku lupakan apabila mendapati tiada stok tepung jagung di rumah.
Hasilnya, pergedil ayam yang tidak kurang sedapnya ini menjadi pengganti.
Jom kita intai-intai resepinya yang sangat mudah ini.
Bahan-bahan.
300g daging ayam kisar.
5 biji kentang saiz sederhana.
1 sudu besar bawang goreng.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
Setangkai daun sup.
Sedikit garam.
Sebiji telur. ( asingkan putih dan kuning)
5 biji kentang saiz sederhana.
1 sudu besar bawang goreng.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
Setangkai daun sup.
Sedikit garam.
Sebiji telur. ( asingkan putih dan kuning)
Cara-cara:
1. Kentang dipotong nipis dan digaul dengan garam.
2. Goreng sehingga keperangan dan lenyekkan ketika masih panas.
3. Campurkan pada daging ayam kisar.
4. Masukkan telur kuning.
5. Masukkan bawang goreng, daun sup, serbuk lada hitam. ( Sekiranya kentang sudah cukup masin maka tidak perlu lagi ditambah garam)
6. Bulat-bulatkan kepada saiz mengikut citarasa tukang masak.
7. Celup ke dalam telur putih dan goreng.

No comments:
Post a Comment