Sunday, November 10, 2013

Kari Ikan Salmon

Pertama kali aku menikmati masakan ini adalah pada hari pertama aku menjejaki bumi London. Dijamu  makan tengahari di rumah pasangan suami isteri yang menyambut ketibaan di sana.
Rasa lemak-lemak terutama pada bahagian abdomen boleh sahaja membuatkan aku terlupa seketika dunia sekeliling.
Bagaimana pun, atas dasar kesedaran diri yang masih kuat maka tidaklah aku tergamak berlebih-lebihan walaupun memang sedap!
Bermula detik itu, aku menanam impian di dalam hati untuk memasak sendiri sebaik sahaja berjaya mendapat rumah sewa.
Hari berganti hari, alhamdulillah pada hari yang ke 43 barulah aku berjaya merealisasikannya...
Jom kita intai resepinya...
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah ( hiris)
2 ulas bawang putih ( hiris
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
3/4 cawan rempah kari Baba's
1 sudu besar pes asam jawa
1 biji tomato
2 biji cili hijau
1 cawan santan pekat
1 cawan air.
5 keping ikan salmon.
Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari.
3. Masukkan asam jawa. Biarkan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan santan dan air.
5 . Bila mendidih, masukkan ikan.
6. Masukkan tomato, garam.
7. Mendidih boleh tutup api. 

No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting