Wednesday, November 13, 2013

Spagetti Aglio Olio

Menu ini aku buat untuk sarapan pagi tadi. Menggunakan lebihan spagetti yang aku buat semalam.
Ternyata hasilnya tidak menghampakan. Anak-anak pun suka..
Terpikat, memikat, terikat!
Simple tetapi  berbaloi-baloi... Mahu tahu resepinya? Jom...
Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )
spaghetti di celur dgn garam dn butter
2sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih -cincang
1 ulas bawang merah ( saya tambah) - cincang
3-4 ekor udang
Sausage - potong dadu ( optional)
1 sudu teh pati ayam
2-3 capsicum - potong dadu
1 sudu teh oregano fleks
daun parsley - cincang
Dried tomato - cincang
Anchovy fillet - cincang
kalau nak pedas bleh letak cili fleks atau cili padi pn boleh
garam dan lada sulah untuk perasa
Rencah bergantung kepada pilihan sendiri. Boleh juga ditambah lala, kepah, sotong dan lain-lain.
Cara-cara
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga kekuningan
2. Masukan udang, sausage, anchovy fillet.
3. Bila sudah masak, masukkan capsicum, dried tomato.
4. Akhir sekali masukkan spagetti, lada sulah, garam, cili fleks/ cili padi, oregano, daun parsley.
5. Kacau rata. Sekiranya nampak kering boleh tambah minyak zaitun sedikit.

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum...
Hari ini aku berjaya mencuba resepi spagetti yang tidak kurang hebatnya.
Anak-anak yang sememangnya peminat tegar spagetti, bertambah-tambah makannya.
Mengapa aku tertarik bagi mencuba resepi ini? Kerana kehadiran susu segar sebagai salah satu bahannya membuatkan aku meneka-neka bagaimana rasanya.
Dan hari ini aku sudah mendapat jawapannya. Mahu cuba? Jom intai resepi yang aku dapatkan di sini.
Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Sos Bolognese :
1. Gunakan periuk yang tinggi dan dalam.
2. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu.
6. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
7. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil.
Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam.

Sunday, November 10, 2013

Kari Ikan Salmon

Pertama kali aku menikmati masakan ini adalah pada hari pertama aku menjejaki bumi London. Dijamu  makan tengahari di rumah pasangan suami isteri yang menyambut ketibaan di sana.
Rasa lemak-lemak terutama pada bahagian abdomen boleh sahaja membuatkan aku terlupa seketika dunia sekeliling.
Bagaimana pun, atas dasar kesedaran diri yang masih kuat maka tidaklah aku tergamak berlebih-lebihan walaupun memang sedap!
Bermula detik itu, aku menanam impian di dalam hati untuk memasak sendiri sebaik sahaja berjaya mendapat rumah sewa.
Hari berganti hari, alhamdulillah pada hari yang ke 43 barulah aku berjaya merealisasikannya...
Jom kita intai resepinya...
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah ( hiris)
2 ulas bawang putih ( hiris
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
3/4 cawan rempah kari Baba's
1 sudu besar pes asam jawa
1 biji tomato
2 biji cili hijau
1 cawan santan pekat
1 cawan air.
5 keping ikan salmon.
Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari.
3. Masukkan asam jawa. Biarkan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan santan dan air.
5 . Bila mendidih, masukkan ikan.
6. Masukkan tomato, garam.
7. Mendidih boleh tutup api. 

Friday, November 8, 2013

Pergedil ayam

Asal kejadian, hasrat hati  mahu memasak sup bebola daging.
Bagaimanapun, dengan hati berat lagi beku, impian suci  murni itu terpaksa aku lupakan apabila mendapati tiada stok tepung jagung di rumah.
Hasilnya, pergedil ayam yang tidak kurang sedapnya ini menjadi pengganti.
Jom kita intai-intai resepinya yang sangat mudah ini.
Bahan-bahan.
300g daging ayam kisar.
5 biji kentang saiz sederhana.
1 sudu besar bawang goreng.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
Setangkai daun sup.
Sedikit garam.
Sebiji telur. ( asingkan putih dan kuning)
Cara-cara:
1. Kentang dipotong nipis dan digaul dengan garam.
2. Goreng sehingga keperangan dan lenyekkan ketika masih panas.
3. Campurkan pada daging ayam kisar.
4. Masukkan telur kuning.
5. Masukkan bawang goreng, daun sup, serbuk lada hitam. ( Sekiranya kentang sudah cukup masin maka tidak perlu lagi ditambah garam)
6. Bulat-bulatkan kepada saiz mengikut citarasa tukang masak.
7. Celup ke dalam telur putih dan goreng.

Tuesday, November 5, 2013

PISANG GORENG CHEESE

Pertama kali aku diperkenalkan dengan menu ini, aku terus jatuh cinta. Jatuh cinta yang membawa kepada angau yang tidak kesudahan.
Maka misi aku pun bermula iaitu mencari resepi yang dapat mengubat kerinduan.
Berjaya melepasi cabaran pertama, muncul pula halangan kedua yang lebih sukar. Yang jelas berpunca dari dalam diri sendiri.
Tiba hari Isnin, aku tangguhkan ke hari Selasa.
Tiba hari Selasa, aku tunggu pula hari Rabu..
Seterusnya dan seterusnya..
Hari berganti bulan..
Bulan berganti tahun..
Maka, hari ini aku akhirnya berjaya merealisasikan...
Pisang Goreng Cheese Idaman Malaya!!
Resepi aku ambil di sini. Terima kasih kepada tuan punya blog!
Jom kita intai apa bahan-bahan rahsianya..
BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter
CARA-CARA
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.


Monday, November 4, 2013

PAN CAKE

Pagi-pagi dah buntu memikirkan mahu sediakan sarapan. Lalu aku teringat resepi pan cake yang sudah lama aku simpan. Baru hari ini berjaya bereksperimen.
Resepi aku ambil di ida-homelicious.
Anak-anak suka....ibu percaya. Belum sempat berhidang sudah licin setiap kali masak.
Mari kita intai apa resepi rahsianya.. Semudah A, B, C....
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung
3 sudu besar baking powder
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sb campur 1 st gula
CARA
-Campurkan semua bahan.
-Goncang kuat-kuat sampai sebati.
-Boleh digunakan untuk 4, 5 kali
Utk sekali bancuhan:
1 cawan campuran tepung siap kat atas tu
1 biji telur
1 cawan susu (i use full cream milk)
1 sb mentega cair/minyak
-Campurkan semua bahan. Pastikan tidak overmix.
-Panaskan non-stick pan.
-Tuang menggunakan senduk ke dalam pan ( bergantung kepada saiz yang dikehendaki).
-Bila nampak berbuih bahagian atas, terbalikkan dan tunggu sehingga keperangan.
-Siap!.

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting