Ini S.O.T.O.N.G. yang dikerjakan oleh kami sekeluarga semalam. Ini pun last minute buat keputusan masak macam ni. Masa dah suntuk bagi berbuka puasa. Last-last aku melawat ke KONGSI RESEPI, klik pada SOTONG dan PILIH! Mudah bukan? Resepi kini hanya di hujung jari anda! Memasak pun petik jari sahaja. Wowowow.. semudah ABC!
Tapii..... haaa... ada tapi tu ya! Sekejap2 pun cara memasaknya, tetapi namun rasanya tetap tip top tau! Ini kisah benar. Tidak percaya cubalah sendiri!
Nak cuba? Meh sini aku bagi resepi ya! Resepi ini aku ambil dari sini ya.. Nanti dah salin resepi, jangan lupa cuba tau!
Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris
Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan. 2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Ikhlas tapi jauh...