Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya aku diizinkan untuk memiliki sebuah blog ....TAHNIAH ..! TAHNIAH untuk diri sendiri.. ( Clap..clap..clap..)
Bukan mudah untuk aku memperkuatkan diri , memperkasakan hati untuk memiliki blog. Bukan apa.. cuma takut 'hangat2 tahi ayam'... Hanya bersemangat di permulaan dan dibiarkan berhabuk di pertengahan jalan. Bukankah membazir masa mengerah tenaga, menyeksa diri menyulam ayat2 .. lebih baik aku buat perkara lain yang lebih memancing perhatian.
Tetapi.. sejak kebelakangan ini aku menyedari diri aku semakin suka mencuba resepi2 baru. Satu demi satu blog masakan yang aku lawati. Dan satu demi satu resepi2 baru yang aku pelajari. Terfikir pula, sayang juga jika aku tidak mengabadikannya sebagai koleksi di dalam blog yang boleh dikongsi bersama2.. dan juga rujukan diri sendiri di masa akan datang..
Jadi apalah salahnya aku memiliki blog sendiri.. Sekadar BLOG MASAKAN.. biasa2 sahaja bagi aku.. Menyimpan koleksi resepi2 yang pernah aku cuba..Sekurang2nya boleh juga blog ini menjadi sumber motivasi untuk aku terus mencuba resepi baru.. Tidaklah nanti blog aku ditinggalkan kesunyian tanpa sebarang update resepi terbaru.
Dan kepada penyumbang2 resepi.. terima kasih atas perkongsian resepi semoga ilmu yang dikongsi akan semakin mendapat keberkatan.. Dan jutaan terima kasih kepada anda di luar sana kerana sudi menyokong..
AMIN...
~ Banyak ilmu banyak kawan, banyak harta banyak lawan ~
ALI BIN ABI TALIB a.s
No comments:
Post a Comment