Hujung2 minggu begini tentu seronok dapat berkumpul bersama keluarga dengan aktiviti2 yang telah dirancang. Jika tidak ada aktiviti sekalipun , apa kata kita isi masa itu dengan aktiviti "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF". Sekali sekala mengasah bakat yang terpendam apa salahnya.. Kalau yang memang sudah sedia berbakat besar..makin berkilat2 lagi agaknya.
Akhir2 ini, aku suka buat muffin. Kenapa? Sebab anak2 aku suka... JADI... "anak suka, ibu pun percaya.."... Lagipun muffin ni lebih senang untuk dimakan, tidak perlulah lagi dipotong2.. Jimat masa... senang cerita...!! Tapi janganlah lepas makan tu buang sampah merata2 pula... bak kata pepatah versi aku..." habis muffin, paper cup dibuang.." Isykk..tak patut..tak patut..
Jika sesiapa yang ada pisang ranum di dapur, apa lagi.. jom lah kita cuba resepi ini... Chocolate Chip Banana Muffin. Aku suka !! Moist, lembut semua cukup... Hendak lagi lembap simpan sampai esok hari. Tapi.. selalunya aku selalu sahaja tidak sempat mencecah keesokkan hari.. Jual pagi, petang sudah habis daaa... Alhamdulillah.. lagi aku suka..
Muffin dimakan panas2 pun sedap..!! Lembuuutt gitu... Ini kisah benar... Biar aku tunjukkan bukti keenakkan di makan panas2... Tengok tu..betul tak? Belum sempat muffin nak berposing dah kena sambar..
Ditambah pula dengan chocolate chip sebagai penambah kesedapannya. Sebiji demi sebiji masuk ke mulut pun tidak sedar.. ( AWAS..!!! Jangan tiru aksi bahaya ini.. )
Ok lah..biarlah aku berterus-terang . Merungkai segala persoalan di kepala .. Resepi ini sebenarnya aku dapat dari sini yang asalnya didapati dari allresepi .Terima kasih kepada penyumbang resepi. Semoga sama2 kita dapat berkongsi nikmat kesedapannya.. hehhe...
Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung serbaguna ( aku guna superfine)
3/4 cawan gula (aku kurangkan ke 1/2 cawan jika pisang terlalu ranum)
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon garam
1 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 cawan plain yogurt
1 teaspoon vanilla extract
1 cawan pisang lecek
3/4 cawan semisweet chocolate chips
Caranya:
1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata
2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.
4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Nota: Saya gaul adunan ni sekejap aje sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah.