Saturday, June 25, 2011

KEK LUMUT


Resepi ni menggunakan teknik masakan secara kukus. Dah lama aku simpan menu ni.. Nampak macam istimewa .. Tapi yang lebih istimewa kerana kek ini perlu dikukus selama 2 1/2 jam... Lama kan? Rasanya setakat ini , inilah pertama kali terjumpa resepi kek yang peru dimasak/kukus selama itu. Kenapa ye? Mungkin untuk tahan lama agaknya.. Agaknya sahaja..

Ini lah hasilnya perjuangan kek tu di dalam periuk kukus selama dua setengah jam ! Rasanya seakan2 kek lapis pun ada.. Kiranya ini langkah pertama aku ke arah membikin kek lapis lah agaknya.

Jom kita tengok resepinya. Resepi diterbangkan khas dari Bumi Kenyalang.. Terima kasih untuk dayang_jack untuk resepi yang sedap ini..

Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”

* 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
* 8 biji telur A
* 450 gm mentega Golden Churn
* 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
* 200 gm horlicks
* Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
* 1 tin kecil Seri Kaya
* 1 tin kecil susu pekat manis
* 1 sk esen vanilla

Cara-cara :

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)




Ikhlas tapi jauh...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting