Tuesday, November 5, 2013

PISANG GORENG CHEESE

Pertama kali aku diperkenalkan dengan menu ini, aku terus jatuh cinta. Jatuh cinta yang membawa kepada angau yang tidak kesudahan.
Maka misi aku pun bermula iaitu mencari resepi yang dapat mengubat kerinduan.
Berjaya melepasi cabaran pertama, muncul pula halangan kedua yang lebih sukar. Yang jelas berpunca dari dalam diri sendiri.
Tiba hari Isnin, aku tangguhkan ke hari Selasa.
Tiba hari Selasa, aku tunggu pula hari Rabu..
Seterusnya dan seterusnya..
Hari berganti bulan..
Bulan berganti tahun..
Maka, hari ini aku akhirnya berjaya merealisasikan...
Pisang Goreng Cheese Idaman Malaya!!
Resepi aku ambil di sini. Terima kasih kepada tuan punya blog!
Jom kita intai apa bahan-bahan rahsianya..
BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter
CARA-CARA
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.


No comments:

Post a Comment

 

MAMA IS COOKING... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting